Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Januari 2026.
Pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, meninggal dunia pada pagi Rabu di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.
Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi isyarat kemungkinan untuk mengundur diri selepas segala usaha dan perjuangan yang dituntuk dalam perjuangan politik sudah dilaksanakannya.
Keutamaan Kerajaan MADANI dalam mengukuhkan tatakelola yang baik, serta ketegasan dalam memerangi rasuah, bukanlah sekadar retorik, tetapi demi menghasilkan hasil fiskal yang lebih baik untuk rakyat dan negara.
Polis setakat ini menerima 45 laporan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen yang membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, dengan sembilan individu dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin, termasuk dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di sebuah kem tentera baru-baru ini.
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan, lapan tahun lepas.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menggagalkan cubaan melarikan wang tunai berjumlah RM2.4 juta dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia (TDM).
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan berehat antara dua hingga tiga minggu susulan kecederaan patah tulang pinggul.
Seorang bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) dan dua isterinya merupakan antara lima individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.
Sebanyak 51 buah kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel servis dan mengecat kenderaan milik pengeluar kereta tempatan di Sungai Buloh dekat sini petang Rabu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


