awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi digital perlu dimanfaatkan untuk kekal relevan

Arief Subhan
Arief Subhan
19/08/2017
12:44 MYT
Ekonomi digital perlu dimanfaatkan untuk kekal relevan
Datuk Rohana menggesa syarikat tempatan mengambil pendekatan proaktif mendigitalkan produk yang ditawarkan selari dengan perkembangan teknologi semasa. - Foto Astro AWANI
Syarikat di Malaysia harus memanfaatkan peluang yang ditawarkan menerusi ekonomi digital bagi membolehkan mereka kekal relevan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan, organisasi perniagaan sedia ada perlu melakukan transformasi digital sebagai persediaan terhadap cabaran pada masa hadapan.
Pada masa sama beliau menggesa syarikat tempatan mengambil pendekatan proaktif mendigitalkan produk yang ditawarkan selari dengan perkembangan teknologi semasa.
“Ekonomi digital hanya menakutkan jika kita tidak mengadaptasinya ke dalam organisasi kita.
“Ekonomi digital mampu membuka satu dunia baru, di mana ia tidak mempunyai sempadan dan semua platform boleh diaplikasikan untuk mendapat manfaat,” kata Datuk Rohana.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Ketua Pelajar ke-11 Majlis Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#ekonomi digital
#Rohana Rozhan
#transformasi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan