Ekonomi Malaysia diramal tumbuh pada purata 5.5 peratus tahun ini dipacu pasaran buruh yang stabil, pertumbuhan gaji berterusan dan inflasi menyederhana dalam ekonomi domestik, menurut MIDF Research dalam nota kajian.
Unjuran itu selari dengan prestasi ekonomi negara pada 2017 yang merekodkan pertumbuhan 5.9 peratus disumbang permintaan domestik kukuh.
"Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 5.9 peratus pada suku keempat 2017 melepasi jangkaan pasaran pada 5.8 peratus," Kata MIDF.
Menurut MIDF, pertumbuhan kukuh suku keempat itu disokong kadar penggunaan sektor swasta dan pelaburan yang tumbuh kukuh.
“Pasaran buruh yang kukuh serta peningkatan pertumbuhan gaji telah memacu penggunaan swasta," kata MIDF
MIDF bagaimanapun meramalkan pertumbuhan penggunaan swasta akan menyederhana tahun ini disumbang beberapa faktor antaranya perubahan potongan gaji kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikembalikan kepada 11 peratus berbanding lapan peratus.
“Eksport bersih juga kekal utuh disokong permintaan dari negara maju dan membangun selain pemulihan berperingkat harga komoditi,” kata MIDF yang turut meramalkan eksport 2018 akan tumbuh 9.3 peratus.
Selain itu, MIDF berkata beberapa angka lain turut menunjukkan prestasi positif termasuk sektor perkhidmatan yang tumbuh 6.2 peratus tahun ke tahun, pertumbuhan di atas kadar enam peratus bagi tiga suku berturut-turut.
“Sektor pembuatan juga berkembang positif pada 5.4 peratus, pertumbuhan di atas lima peratus untuk empat suku berturut-turut," kata firma kajian itu.
Najib Aroff
Thu Feb 15 2018
Unjuran itu selari dengan prestasi ekonomi negara pada 2017 yang merekodkan pertumbuhan 5.9 peratus disumbang permintaan domestik kukuh. - Foto Astro AWANI
GISB: Bekas pengikut akan dipanggil, bantu lengkap laporan sebelum bawa ke MKI
Bekas pengikut GISB akan dipanggil bagi membantu melengkapkan laporan berkaitan isu syarikat yang terpalit dengan dakwaan ajaran sesat itu.
ACLE: Cristiano Ronaldo terkena jangkitan virus, Al-Nassr tempang dalam aksi pertama
Al-Nassr, terpaksa mengetepikan Cristiano Ronaldo, menjelang pertemuan pertama menentang wakil Iraq, Al-Shorta, dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
30 tahun dalam bidang seni, Pak Ya bakal jadi mutawif
Menurut Pak Ya, bidang yang ingin diceburi ini banyak menyedarkannya dan membantu dirinya sendiri supaya lebih dekat dengan Pencipta.
FBI siasat "cubaan bunuh" selepas insiden tembakan berhampiran Trump
Insiden tembakan berhampiran bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad disiasat sebagai "yang kelihatan seperti cubaan bunuh".
Kajian berhubung isu pensijilan halal sedia dibentang Rabu ini - Mohd Na'im
Beliau berkata pihaknya telah menyediakan draf cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi setiap premis makanan, yang akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet nanti.
AWANI Ringkas: Tuanku Muhriz kesal dan dukacita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong hadir sambutan kebangsaan bertemakan Malaysia Madani
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2024.
Seri Paduka Baginda diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Seri Paduka Baginda diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Suspek cubaan bunuh Trump berjaya diberkas
Seorang lelaki telah ditahan di Palm City, Florida, berikutan cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump di padang golf miliknya di Palm Beach
Hampir 300 PATI ditahan sejak Januari hingga Ogos - PGA
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 296 pendatang tanpa izin (PATI) menerusi Op Taring Wawasan yang dijalankan sejak Januari hingga 31 Ogos lepas.
Pihak berkuasa pertingkat kawasan cubaan bunuh Trump
Susulan insiden cubaan bunuh Trump, pihak polis dan ejen perkhidmatan rahsia telah memperketat tahap keselamatan dan berjaga-jaga di sekitar Trump International Golf Club, Florida.
Peniaga kerugian lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang peniaga kerugian RM136,700 selepas terperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.
Menyamar kakitangan platform e-dagang taktik penipuan terbaru
Menyamar sebagai kakitangan platform e-dagang merupakan taktik terbaru sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang mencatatkan kerugian RM3.92 juta dalam tempoh lapan bulan tahun ini.
Ringgit teruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3360/3400 daripada 4.3505/3560 ketika ditutup pada Rabu.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
BNM berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras berpurata pada 1.8% pada separuh pertama tahun 2024.
Sektor perbankan kekal menarik, OPR dijangka stabil pada 3 peratus - Kenanga
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) menjangkakan pelabur akan terus memberi tumpuan kepada sektor perbankan yang kekal menarik dalam persekitaran keadaan ekonomi bertambah baik.
Aktiviti ambil untung asak ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penyusutan pada Jumaat lepas untuk mengakhiri urus niaga lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan pengambilan untung selepas meningkat baru-baru ini.
BNM diunjur kekalkan OPR 3.0%, namun risiko cenderung ke arah kenaikan - Standard Chartered
Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3%.
Malaysia terus jadi pilihan pelabur di Asia Tenggara - OBORCC
Kestabilan politik dan keadaan ekonomi yang inklusif menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pelabur antarabangsa bagi Asia Tenggara.
Ringgit menambah nilai 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 selaras dengan kebanyakan mata wang serantau.