awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Meta Ray-Ban Display perkenal navigasi baharu, sokongan EMR dan teleprompter
Konstabel polis mengaku tidak bersalah tipu wanita selesai saman PDRM
Wanita menyamar sebagai pramugari dalam penerbangan Batik Air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2

Gempak
Gempak
07/01/2026
06:15 MYT
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
Pencapaian luar biasa Papa Zola The Movie ini turut membuktikan bahawa filem animasi tempatan bukan sahaja berdaya saing malahan berjaya menewaskan filem bertaraf antarabangsa.
FILEM animasi Papa Zola The Movie terus mencipta fenomena apabila merekodkan kutipan pecah panggung mencecah RM55 juta setakat 6 Januari 2026.

Ringkasan AI
  • Papa Zola The Movie mencatatkan kutipan pecah panggung RM55 juta sehingga 6 Januari 2026, meletakkannya di kedudukan lebih tinggi daripada filem antarabangsa terkenal seperti Avatar: Fire and Ash serta Zootopia 2.
  • Kejayaan filem animasi tempatan ini membuktikan kekuatan industri filem Malaysia dan sokongan daripada penonton tempatan yang menghargai karya tempatan yang relevan dengan realiti sosial.
  • Filem ini mengisahkan kisah Papa Zola yang bersama Mama Zila terpaksa menyelamatkan anak mereka, Pipi, dari diculik oleh makhluk asing, dan akan diteruskan tayangannya di pawagam serata Malaysia, Singapura, dan Brunei sebelum merentasi pasaran antarabangsa lain seperti Indonesia, India, Vietnam, dan pasaran Asia Barat pada April 2026.

Kutipan itu sekali gus meletakkan filem keluaran bersama MONSTA dan Astro Shaw ini di kedudukan lebih tinggi berbanding beberapa judul antarabangsa terkenal termasuklah Avatar: Fire and Ash yang mencatat kutipan sebanyak RM33 juta serta Zootopia 2 yang mencatat kutipan sebanyak RM32 juta.
Pencapaian luar biasa Papa Zola The Movie ini turut membuktikan bahawa filem animasi tempatan bukan sahaja berdaya saing malahan berjaya menewaskan filem bertaraf antarabangsa.
Ia juga membuktikan betapa padunya sokongan yang diberikan penonton Malaysia terhadap karya filem tempatan yang mempunyai jalan cerita begitu dekat dengan jiwa masyarakat seperti filem Papa Zola The Movie.
Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya. Tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).
Namun keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi, diculik makhluk asing. Papa Zola bersama Mama Zila perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman tersebut.
Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Filem ini bakal melangkah panggung antarabangsa lain bermula Januari 2026 di Indonesia dan di India, selain Vietnam dan pasaran Asia Barat yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026. - Gempak
Topic Berkaitan
#Papa Zola The Movie
#kutipan terkini
#filem animasi tempatan
#rekod kutipan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan