awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Johor dijangka terus melonjak, kata Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
23/11/2017
08:34 MYT
Ekonomi Johor dijangka terus melonjak, kata Mohamed Khaled
Menteri Besar Johor berkata pembangunan fasa satu dengan keluasan 760 hektar, bernilai RM4.5 bilion akan menyediakan 1,700 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. - Gambar fail
Ekonomi Johor dijangka terus melonjak susulan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dalam Bajet Johor 2018, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata antara inisiatif itu ialah Kawasan Perindustrian Pengerang di Kota Tinggi, yang menglibatkan kawasan seluas 482.38 hektar dan akan dibangunkan oleh Johor Corporation dengan kos pembinaan kasar (GDC) sebanyak RM1.1 bilion.
"Apabila beroperasi kelak, ia akan menawarkan kesan berganda kepada aktiviti pembangunan di Kota Tinggi, termasuklah menjana pelaburan sehingga RM18 bilion dan mewujudkan 2,700 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun,
"Ini sekali gus menyokong dan merancakkan lagi pembangunan di daerah itu, yang sebelum ini telah mengalami lonjakan ekonomi berikutan projek mega berkepentingan nasional dalam industri minyak dan gas iaitu Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC)," katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini, hari ini.
Katanya inisiatif lain ialah mewujudkan Jawatankuasa Ekonomi Baharu Johor di bawah Permodalan Darul Ta'zim (PDT) yang mempunyai peranan untuk merangka strategi dan persiapan Johor dalam menghadapi ekonomi masa depan yang berorientasikan digital dan pencernaan idea.
Mohamed Khaled berkata pihaknya turut akan melaksanakan projek pembangunan pusat pelancongan bersepadu iaitu Desaru Coast di Desaru, Kota Tinggi untuk meningkatkan kemasukan pelancong ke negeri ini.
"Pembangunan kawasan pelancongan bersepadu ini melibatkan keluasan 1,560 hektar dan menempatkan, antaranya, hotel dan resort premium, dua buah padang golf berstatus kejohanan antarabangsa, pusat persidangan, taman tema air dan perkampungan membeli-belah.
"Pembangunan fasa satu dengan keluasan 760 hektar, bernilai RM4.5 bilion akan menyediakan 1,700 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
#Johor
#Johor Corporation
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan