KUALA LUMPUR:Ekonomi maju dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu menyokong secara komprehensif negara-negara yang baru berjinak dengan ekonomi digital dalam usaha mempercepatkan proses transformasi serta inovasi pendigitalan mereka, kata Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM).
Pengerusi Danny Lee berkata perkongsian perniagaan kepada perniagaan dan kerajaan kepada kerajaan juga perlu dioptimumkan dengan baik untuk memaksimumkan sepenuhnya agenda digital dalam era COVID-19 termasuk membantu pemulihan rantau ini daripada pandemik.
"Salah satu cara bagi memajukan ekonomi digital di Malaysia dan rantau ini adalah dengan memastikan penglibatan usahawan dan pengguna melalui gandingan yang berterusan antara kerajaan, industri serta penyedia teknologi yang boleh membantu dalam pembangunan perjalanan pendigitalan," katanya kepada Bernama.
Pemimpin APEC secara konsisten sentiasa memberi penekanan terhadap kepentingan pendigitalan sebagai satu-satunya kaedah untuk mana-mana ekonomi berkembang dalam ucaptama mereka pada Dialog CEO APEC 2020.
"Malaysia perlu berbangga kerana mempunyai kerajaan yang mahu menerajui perjalanan ini dengan industri," katanya.
Lee berkata Malaysia juga perlu memberi tumpuan untuk meningkatkan penembusan Internet, terutamanya selepas nilai barangan kasar ekonomi dalam tangan Asia Tenggara merangkumi pelancongan, e-dagang, media dan sektor pengangkutan telah melonjak hampir 40 peratus dari tahun lepas sehingga melangkaui US$100 bilion (US$1=RM4.08).
Pada Khamis, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penggunaan ekonomi digital dan inovasi yang berterusan telah terbukti penting dalam usaha menjana pekerjaan dan perniagaan untuk kekal relevan di tengah-tengah cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini, berikutan pandemik kesihatan.
Dalam ucaptama pada Dialog CEO APEC 2020, beliau berkata inovasi dan pendigitalan adalah pemboleh yang bukan sahaja memudahkan usaha mengubah aktiviti ekonomi tetapi ia juga mampu menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga berkata penggalakan transformasi digital menjadi bidang keutamaan dalam pentadbirannya.
"Memandangkan corak tingkah laku rakyat sedang berubah disebabkan COVID-19, proses mempercepatkan transformasi digital amat penting. Saya akan menubuhkan agensi yang akan bertanggungjawab terhadap transformasi digital untuk berkhidmat sebagai pusat arahan dalam kerajaan.
"Saya akan mengkaji dengan teliti peraturan yang menghalang transformasi digital dan dengan segera melaksanakan pembaharuan yang relevan, membuka potensi sektor swasta," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Adern berkata semua ekonomi APEC perlu membuat pilihan yang tepat untuk memastikan semua orang dapat berhubung termasuk mempunyai kemahiran yang sesuai bagi berkembang maju dalam dunia digital dan kerjasama itu perlu mempunyai kerangka yang tepat untuk menyokong perdagangan dan persaingan.
"Ini merupakan bidang yang luas yang menjadi tumpuan New Zealand ketika kami melihat kepada pemulihan semula daripada COVID-19.
"Tahun ini, sebagai contoh, kami mewujudkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital dengan Chile dan Singapura untuk membantu pengeksport serta perusahaan kecil dan sederhana kami mengambil kesempatan daripada peluang perdagangan digital. Kami komited untuk menjadikan New Zealand sebuah negara yang benar-benar digital," tambahnya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 20 2020
Lee berkata Malaysia juga perlu memberi tumpuan untuk meningkatkan penembusan Internet, terutamanya selepas nilai barangan kasar ekonomi dalam tangan Asia Tenggara telah melonjak hampir 40 peratus dari tahun lepas. - Foto PIKOM
Bomba terima laporan dua lokasi banjir di Ampang
Sebanyak 10 buah kereta terkandas dalam banjir yang dilaporkan di Ukay Perdana di sini pada Selasa.
21 murid Tabika Kemas terperangkap banjir kilat di Ampang diselamatkan
Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 21 murid dalam kejadian banjir di Jalan Hulu Klang, Batu 8, berhampiran Klang Gate pada Selasa.
Malaysia tegas pertahan kebebasan Laut China Selatan - PM Anwar
Malaysia tidak pernah menutup ruang perbincangan dengan mana-mana negara berhubung perkara itu.
Perkembangan di Taman Melawati
Banjir: LRT laluan Kelana Jaya tergendala
Operasi Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya terjejas pada pagi Selasa susulan landasan stesen Sri Rampai ke Wangsa Maju dinaiki air banjir.
Perkembangan di ibu negara
Dua anjing Rottweiler dari Belanda disekat masuk ke Malaysia
MAQIS menyekat kemasukan dua ekor anjing baka Rottweiler yang merupakan kategori baka terhad yang cuba dibawa masuk dari Belanda menggunakan permit palsu, Sabtu lepas.
"Kurang setuju masalah sempadan hanya tuju pada satu negara" -PM
Perdana Menteri menegaskan bahawa kurang bersetuju sebarang permasalahan atau pertelingkahan yang melibatkan kawasan sempadan ditujukan kepada satu negara sahaja seperti negara China.
Namun, teguran dan bantahan tetap akan dilakukan sekiranya perairan kita digunakan untuk tujuan laluan pertahanan tanpa izin dari negara kita.
Namun, teguran dan bantahan tetap akan dilakukan sekiranya perairan kita digunakan untuk tujuan laluan pertahanan tanpa izin dari negara kita.
Isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan perlu diatasi segera
Ahli Parlimen Kota Bharu bertanyakan apakah pendekatan dan strategi Malaysia yang bakal menjadi pengerusi ASEAN terhadap gesaan supaya rumusan awal kod tatalaku di Laut China Selatan?
Isu pencerobohan kapal asing termasuk juga isu kebocoran dokumen diplomatik Malaysia-China perlu diselesaikan bagi memanfaatkan saluran diplomasi Malaysia bersama negara ASEAN.
Isu pencerobohan kapal asing termasuk juga isu kebocoran dokumen diplomatik Malaysia-China perlu diselesaikan bagi memanfaatkan saluran diplomasi Malaysia bersama negara ASEAN.
[TERKINI] Kawasan tanah runtuh Taman Melawati diklasifikasi berisiko, penduduk diarah pindah
Kawasan tanah runtuh berhampiran Jalan E6, Taman Melawati, Ampang di sini, telah diklasifikasikan sebagai berisiko dan penduduk diarah untuk berpindah dengan segera.
Ekonomi maju APEC perlu sokong negara yang baharu berjinak-jinak dengan ekonomi digital - PIKOM
Perkongsian 'perniagaan kepada perniagaan' dan 'kerajaan kepada kerajaan' juga perlu dioptimumkan dengan baik untuk memaksimumkan sepenuhnya agenda digital dalam era COVID-19.