awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Medan Kuwait di Gaza gantung pembedahan akibat kekurangan sumber

Bernama
Bernama
21/12/2025
21:15 MYT
Hospital Medan Kuwait di Gaza gantung pembedahan akibat kekurangan sumber
Jabatan-jabatan hospital sedang menghadapi tunggakan ratusan pesakit dalam senarai menunggu merangkumi pelbagai kepakaran perubatan. - Foto fail/REUTERS
GAZA: Hospital Medan Khusus Kuwait di Gaza pada Sabtu mengumumkan penggantungan semua pembedahan berjadual dan kecemasan berikutan kekurangan sumber, lapor Agensi Berita Kuwait (KUNA).
Dalam satu kenyataan, pentadbiran hospital memaklumkan bahawa penggantungan itu berpunca daripada kekurangan teruk bekalan perubatan penting, khususnya anestesia, cecair intravena, bahan dan bekalan pensterilan serta peralatan pembedahan.
Kekurangan itu diburukkan lagi dengan penutupan berterusan lintasan sempadan serta tindakan pendudukan Israel yang menghalang kemasukan ubat-ubatan dan peralatan perubatan.
Pentadbiran hospital memberi amaran bahawa hospital itu berkemungkinan terpaksa menghentikan operasi sepenuhnya, sekali gus menimbulkan ancaman langsung terhadap nyawa pesakit dan mangsa yang cedera. Ia juga merupakan petunjuk bahaya kepada kelumpuhan sistem penjagaan kesihatan secara keseluruhan di bawah keadaan yang belum pernah berlaku dan bersifat malapetaka.
Kenyataan itu turut menyatakan bahawa jabatan-jabatan hospital sedang menghadapi tunggakan ratusan pesakit dalam senarai menunggu merangkumi pelbagai kepakaran perubatan.
Langkah sedemikian juga bermakna ribuan pesakit dan mangsa yang cedera dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rawatan kesihatan serta perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi yang disediakan hospital berkenaan, sekali gus memburukkan lagi krisis kesihatan dan kemanusiaan yang dihadapi penduduk yang hilang tempat tinggal di Gaza, menurut kenyataan itu.
Hospital berkenaan telah menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada ribuan penduduk yang hilang tempat tinggal di pinggir Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza sejak kemudahan utamanya di Rafah, juga di selatan Semenanjung Gaza, musnah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Pihak berkuasa kesihatan di Gaza melaporkan bahawa lebih 1,000 rakyat Palestin maut sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza akibat kekurangan ubat-ubatan dan keterbatasan sumber di hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Medan Kuwait
#Gaza
#gantung pembedahan
#kekurangan sumber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan