Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih pesat pada 2020 berdasarkan kepada Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) Disember 2019 yang meningkat ke paras tertingginya dalam tempoh 15 bulan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Di samping itu, katanya, kerajaan juga akan memperbanyakkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan belia, graduan baharu dan wanita melalui program #MalaysiaKerja bernilai RM6.5 bilion dan pelaksanaan projek infrastruktur bernilai RM120 bilion.
Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata projek infrastruktur besar lain yang akan menyokong ekonomi Malaysia termasuklah pembangunan Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM140 bilion dan inisiatif e-Tunai Rakyat bernilai RM450 juta yang menyediakan wang belanja percuma sebanyak RM30.
PMI sektor pembuatan Malaysia yang meningkat 0.5 kepada 50.0 mata pada Disember 2019, merupakan paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan yang dicatatkan selepas peningkatan PMI pembuatan pada November sebanyak 0.2 kepada 49.5 mata daripada 49.3 mata pada Oktober 2019.
Menurutnya, peningkatan bacaan PMI itu menunjukkan bahawa ekonomi negara akan berkembang dengan lebih pantas dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
"PMI bukan satu-satunya petunjuk yang menunjukkan ke arah pengembangan masa depan yang lebih mampan. Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini menerbitkan petunjuk pelopor ekonomi bagi bulan Oktober 2019 yang naik 1.4 peratus kepada 120.3 mata berbanding 118.6 mata pada bulan sebelumnya.
"Ini merupakan peningkatan ketara daripada perubahan -0.4 peratus dan 0.3 peratus masing-masing pada Ogos dan September," katanya.
Lim berkata Trend Indeks Keyakinan Perniagaan oleh agensi penarafan tempatan, RAM, juga menyokong unjuran positif yang ditunjukkan oleh data PMI dan Jabatan Perangkaan.
Menurutnya, RAM menyatakan sentimen dalam kalangan syarikat Malaysia sedang beransur pulih apabila keyakinan korporat naik 3.2 mata kepada 56.4 untuk tempoh suku pertama ke suku kedua 2020 berbanding tempoh suku keempat 2019 ke suku pertama 2020.
Pada masa yang sama, keyakinan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana meningkat 1 mata kepada 54.2, iaitu paras tertinggi sejak indeks tersebut mula diterbitkan pada 2017.
"Semua data ini selari dengan unjuran Kerajaan bagi pertumbuhan ekonomi negara pada 2020. Kerajaan mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berkembang secara mampan pada kadar 4.7 peratus pada 2019, sebelum memecut kepada 4.8 peratus tahun ini.
"Bagi tempoh tiga suku pertama 2019, KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus tahun ke tahun," kata Lim.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jan 11 2020
Menurut Guan Eng peningkatan bacaan PMI itu menunjukkan bahawa ekonomi negara akan berkembang dengan lebih pantas dalam tempoh beberapa bulan akan datang. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.