awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Malaysia dijangka pulih suku ketiga 2021 - Bank Dunia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
26/03/2021
01:10 MYT
Ekonomi Malaysia dijangka pulih suku ketiga 2021 - Bank Dunia
Menurut Bank Dunia, ketidaktentuan politik di Malaysia akan mempengaruhi prestasi pertumbuhan ekonomi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka kembali pulih kepada keadaan pra-pandemik COVID-19 antara suku ketiga dan keempat tahun ini.
Dalam masa yang sama, ekonomi Malaysia diunjur berkembang 6.0 peratus pada 2021 selepas menguncup 5.8 peratus pada 2020.
Ia sekali gus menyaksikan penurunan berbanding unjuran yang dibuat Bank Dunia terhadap Malaysia pada Disember 2020, iaitu 6.7 peratus.
Unjuran itu dibuat Bank Dunia menerusi Kemaskini Laporan Ekonomi Asia Timur dan Pasifik bagi April 2021 bertajuk 'Uneven Recovery' yang dikeluarkan hari ini.
Bank Dunia meletakkan Malaysia dan Indonesia dalam satu kumpulan ekonomi yang bakal pulih pada 2021.
Sementara itu, ekonomi Thailand dan Filipina pula dijangka akan pulih pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, ekonomi China dan Vietnam yang telah pulih sejak akhir 2020 dijangka akan terus melonjak pada tahun ini.
Bank Dunia turut menggariskan beberapa perkara yang bakal mempengaruhi unjuran tersebut.
Dari sudut positif, Bank Dunia berkata, pelaksanaan kempen vaksinasi yang berkesan, tindakan awal pengawalan pandemik, perubahan polisi yang signifikan serta mengadaptasi teknologi mampu memperbaiki kesan COVID-19 terhadap ekonomi.
Namun, Bank Dunia berpandangan, penularan wabak itu serta penutupan industri, selain ketidakseimbangan akses kepada sokongan sosial dan teknologi digital, berkemungkinan akan meningkatkan ketidaksamaan.
Bank Dunia turut memaklumkan, kebanyakan negara Asia Timur dan Pasifik termasuk Malaysia gagal menyediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat.
Jelasnya, bantuan yang diberi tidak setara dengan jumlah kehilangan pendapatan, pelan rangsangan tidak dapat mengimbangi kekurangan output dan pelaburan awam tidak ditingkatkan.
Selain itu, terdapat beberapa faktor khusus yang mempengaruhi sesebuah negara.
Menurut Bank Dunia, ketidaktentuan politik di Malaysia akan mempengaruhi prestasi pertumbuhan ekonomi.
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#unjuran ekonomi
#politik
#pelaburan
#COVID-19
#pandemik
#pemulihan ekonomi
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#jangkaan pertumbuhan ekonomi
#unjuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan