Ekonomi Malaysia tumbuh 4.5 peratus pada suku terakhir 2015 berbanding 4.7 peratus suku ketiga 2015, sementara bagi tahun penuh ia tumbuh 5 peratus berbanding 6 peratus pada 2014, disokong pemintaan domestik.
Bank Negara dalam kenyataan berkata di sebalik cabaran suku terakhir 2015, penggunaan swasta tumbuh 4.9 peratus berbanding 4.1 peratus suku sebelumnya disokong pertumbuhan gaji dan pasaran buruh yang sihat.
Pelaburan swasta pula tumbuh 5 peratus berbanding 5.5 peratus pada suku ketiga dipacu perbelanjaan modal dalam pembuatan dan perkhidmatan.
Menurut bank pusat, permintaan domestik akan terus menyokong pertumbuhan bergerak ke hadapan, bagaimanapun pengembangan permintaan domestik dijangka berada dalam keadaan sederhana.
Inflasi pula direkod pada tahap 2.6 peratus pada suku keempat disebabkan harga minyak yang lebih rendah, sementara nilai ringgit menyusut sebanyak 3.6 peratus berbanding dolar pada suku sama.
Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah RM409.1 bilion sehingga 31 Disember 2015.
Nilai ringgit mengukuh 3.6 peratus pada suku terakhir 2015 berbanding dolar.
Sementara itu pertumbuhan KDNK 2015 sebanyak 5 peratus masih kukuh di sebalik cabaran besar persekitaran ekonomi separuh kedua tahun lalu, malah ia bertepatan dengan sasaran kerajaan antara 4.5 hingga 5.5 peratus.
Kelemahan ringgit
Menurut Ketua Ekonomi Alliance Bank Manokaran Mottain, perbelanjaan swasta khususnya tumbuh lebih tinggi daripada jangkaan awal.
Tambah Manokaran, pertumbuhan suku pertama tahun ini bagaimanapun berdepan cabaran besar susulan perbelanjaan pengguna yang diunjur menyederhana.
“Kelemahan ringgit menyumbang kepada inflasi diimport. Selain itu peningkatan kos sara hidup akan merendahkan perbelanjaan pengguna. “ Katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Manokaran berkata selain itu, nisbah hutang isi rumah yang tinggi sekitar 87 ke 88 peratus berbanding KDNK turut bakal mempengaruhi kadar penggunaan domestik.
“Sebab itu kerajaan hadir dengan beberapa langkah meningkatkan kewangan pengguna. Antaranya memotong 3 peratus sumbangan KWSP pengguna supaya mereka mempunyai wang lebih untuk berbelanja.
“Bagaimanapun, berapa jumlah pekerja yang bakal memilih potongan itu (3 peratus) masih belum diketahui," katanya sambil menambah pertumbuhan KDNK tahun penuh itu dijangka tidak memberikan pengukuhan mendadak kepada nilai ringgit.
Ini kerana banyak faktor lain masih mempengaruhi pengerakan ringgit termasuk kelemahan harga minyak mentah global.
Ringgit dibuka kukuh pada 4.17 berbanding dolar pada Khamis.
Najib Aroff
Thu Feb 18 2016
Menurut bank pusat permintaan domestik akan terus menyokong pertumbuhan bergerak kehadapan, bagaimanapun pengembangan permintaan domestik dijangka berada dalam keadaan sederhana. - Foto Wikipedia
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Velvet, bawa penonton mengimbau pengalaman sinematik retro
GSC ulangi komitmen untuk membawa konsep menarik ke dalam pasaran, khususnya dalam bidang yang belum diterokai dan berpotensi tinggi.
Alliance Bank naikkan kadar asas standard
Alliance Bank dan Alliance Islamic Bank akan menaikkan SBR sebanyak 25 mata asas kepada 3.82 peratus setahun daripada 3.57 peratus.
Pengukuhan DFI satu perkembangan positif - Bank
BPMB berkata cadangan itu akan wujudkan lebih banyak sinergi yang menguntungkan semua pihak berkepentingan selain memenuhi keperluan ekonomi baharu.
Ini cara terbaik untuk anda jadi usahawan unggul!
Tetapi apakah cara terbaik untuk mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan yang unggul?
7 syarikat masih mempunyai semua ahli lembaga pengarah lelaki - SC
Sehingga 17 Jan tahun ini, terdapat hanya tujuh syarikat dengan kesemua ahli lembaga pengarahnya lelaki daripada 100 syarikat terkemuka.
PNB iktiraf peranan rakan kongsi ke arah capai wawasan pengurus pelaburan kelas dunia
Permodalan Nasional Bhd (PNB) iktiraf peranan kepentingan kerjasama kukuh dan berterusan dengan rakan kongsi.
Ekonomi Malaysia tumbuh 5 peratus pada 2015 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia tumbuh 4.5 peratus pada suku terakhir 2015 berbanding 4.7 peratus suku ketiga 2015.