Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.0 peratus pada suku kedua 2016.
Ini berbanding pertumbuhan KDNK 4.2 peratus yang disaksikan pada suku pertama tahun ini.
“Seperti negara-negara lain di Asia, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri,” kata Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim di sidang media pembentangan prestasi ekonomi suku kedua negara di sini hari ini.
“Aktiviti perdagangan global terus perlahan, keadaan pasaran kewangan global tidak menentu,” kata beliau yang merujuk kepada situasi Brexit di Eropah dan ketidaktentuan polisi monetari di Amerika Syarikat sebagai penjejas pertumbuhan ekonomi negara.
Muhammad menambah di samping kelemahan harga minyak, fenomena El Niño turut menjejaskan eksport minyak sawit dan pertanian negara.
“Penghasilan komoditi dari sektor pertanian khasnya kelapa sawit menyusut, yang kemudiannya mengakibatkan penyusutan bursa saham tempatan,” katanya.
Selain itu inflasi menyaksikan penurunan kepada 1.9 peratus sementara pengangguran meningkat kepada 3.4 peratus.
Beliau bagaimanapun menegaskan, inisiatif negara untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada hasil komoditi setakat ini berada di landasan yang memberangsangkan.
Jelasnya, ini dapat dilihat menerusi peningkatan penggunaan swasta dan pelaburan swasta masing-masing sebanyak 6.3 peratus dan 5.6 peratus bagi suku kedua 2016.
Ini berbanding kadar 5.3 peratus dan 2.2 peratus masing-masing pada suku sebelumnya.
Tambah beliau, langkah kerajaan memperkenalkan beberapa polisi untuk menggalakkan rakyat berbelanja demi merangsang ekonomi, turut membuahkan hasil.
“Ini khasnya dalam bentuk bantuan khas Aidilfitri, pengurangan caruman KWSP kepada 8 peratus, dan pengagihan BR1M,” katanya.
Bergerak ke hadapan
Muhammad berkata, bank pusat menjangka negara akan mengekalkan pertumbuhan KDNK dalam julat 4.0-4.5 peratus bagi tahun penuh 2016.
“Bagi separuh kedua, pertumbuhan akan disokong oleh peningkatan gaji penjawat awam, peningkatan gaji minimum, pelaksanaan projek-projek infrastruktur secara berterusan dan peningkatan penghasilan komoditi hasil dari penyusutan El Niño,” katanya.
“Kami yakin asas ekonomi Malaysia yang kukuh, pengenalan dasar kewangan berkesan dan ekonomi negara yang pelbagai meletakkan negara dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi segala kejutan dan cabaran global,” tambahnya.
Norma baru ringgit
Gabenor bank pusat itu menegaskan, ketidaktentuan pergerakan ringgit akan menjadi norma baru matawang tempatan.
“Bagi jangka pendek, ringgit bersama matawang serantau lain akan dipengaruhi isu-isu seperti pertumbuhan global, isu geopolitik dan perubahan dasar oleh beberapa negara maju,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan, asas ekonomi negara yang kukuh akan merangsang pemulihan matawang tempatan dalam jangka masa panjang.
Lebih rangsangan diperlukan?
Muhammad berkata masih terlalu awal untuk bank pusat memberi jawapan kepada persoalan tersebut.
“Bank Negara akan melihat kepada angka pertumbuhan, inflasi dan faktor lain seperti ketidakseimbangan kewangan dan mereka akan mengunjurkan angka pertumbuhan masa depan.
“Kemudian, kami akan bincang angka tersebut sebelum menetapkan pendirian kami (mengenai keperluan melaksanakan rangsangan ekonomi) menjelang akhir mesyuarat pada September nanti,” katanya.
Luqman Hariz
Fri Aug 12 2016
Bank Negara walaubagaimanapun mengekalkan jangkaan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.0-4.5% bagi tahun penuh 2016 - Foto Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.