Pengeksportan sarung tangan getah keluaran Malaysia telah meningkat kepada RM15.06 billion bagi tempoh Januari sehingga Julai 2020 berbanding RM10.03 billion bagi tempoh yang sama pada tahun 2019, ia mencatatkan peningkatan sebanyak 50.1 peratus, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong.
Beliau berkata kenaikan itu disebabkan permintaan yang tinggi dan usaha dilakukan kerajaan untuk membantu industri sarung tangan getah, jumlah permintaan global sarung tangan getah dianggarkan berjumlah 330 billion unit pada tahun 2020 manakala pengeluaran dari Malaysia untuk pasaran eksport dijangka berjumlah 220 billion unit atau sebanyak 67 peratus syer daripada permintaan global.
"Ini merupakan peluang baik untuk negara memperkukuhkan jenama dan keyakinan terhadap produk Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Idris Ahmad, yang ingin tahu mengenai usaha dan tindakan kerajaan untuk mengambil peluang di dalam sektor pembuatan serta penghasilan sarung tangan getah yang dilihat semakin rancak semenjak penularan COVID-19, menjadikannya sebagai antara sumber pendapatan negara.
Lim berkata untuk mengambil peluang di dalam sektor pembuatan serta penghasilan sarung tangan getah yang rancak berkembang, kerajaan akan menggalakkan industri sarung tangan getah untuk membuat pelaburan semula atau pelaburan tambahan menerusi Skim Galakan Elaun Pelaburan Semula Khas (EPS Khas) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Skim EPS Khas yang diumumkan kerajaa itu menggalakkan pelaburan semula atau pelaburan tambahan disediakan. Skim ini boleh digunakan untuk tahun taksiran 2020 hingga 2022," katanya.
Selain itu kerajaan menggalakkan penggunaan automasi dan teknologi tinggi dalam sektor perkilangan termasuk industri sarung tangan getah di mana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menawarkan Insentif Elaun Modal Automasi bagi industri perkilangan yang berintensifkan buruh bagi menggalakkan penggunaan automasi dalam sektor perkilangan.
"Memandangkan industri sarung tangan getah berkembang rancak selepas berlakunya pandemik itu dan wujudnya keperluan untuk membina kilang dengan kadar lebih cepat, kerajaan melalui PENJANA telah memperkenalkan inisiatif di mana syarikat boleh mendapatkan kelulusan Lesen Pengilang dalam tempoh 48 jam menerusi inisiatif permohonan lesen pengilang secara dalam talian," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan menubuhkan Unit Projek Penyelarasan dan Kepantasan atau PACU di bawah MIDA untuk menawarkan kemudahan secara menyeluruh dan memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan.
MITI melalui agensinya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) turut membantu syarikat tempatan termasuk syarikat pembuatan sarung tangan getah melalui pelbagai inisiatif, antaranya ialah padanan perniagaan dilakukan secara maya antara syarikat pengeksport Malaysia dan pembeli luar negara, kata Lim.
Pameran MyAPEC 2020 secara maya yang akan berlangsung pada 1 September 2020 hingga 31 Disember depan akan memberi peluang kepada syarikat Malaysia menyertainya seterusnya melakukan sesi pembentangan perniagaan kepada pembeli dari luar negara, katanya.
Selain itu MATRADE turut menganjurkan 'eNational Export Day' mulai 8 hingga 10 September tahun ini bagi membincangkan peluang perniagaan yang wujud susulan daripada krisis pandemik tersebut.
Inisiatif lain dilakukan MATRADE ialah mewujudkan Bantuan Geran Pembangunan Pasaran (MDG) bagi menampung kos penyertaan syarikat Malaysia di pameran perdagangan antarabangsa secara maya di dalam dan luar negara, serta 30 peratus kos logistik termasuk pengangkutan dan pergudangan bagi penghantaran produk ke luar negara, katanya.
Bernama
Wed Sep 09 2020
Pengeksportan sarung tangan getah keluaran Malaysia telah meningkat kepada RM15.06 billion bagi tempoh Januari sehingga Julai 2020. - Gambar fail/BERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.