MALAYSIA
Warga emas OKU cedera jatuh perigi buta

Pasukan bomba turun ke dalam perigi untuk membantu mangsa keluar dengan menggunakan abah-abah dan pengusung. - Gambar/ JBPM
IPOH: Seorang wanita warga emas orang kurang upaya (OKU) mental cedera setelah terjatuh ke dalam perigi buta di belakang rumahnya dekat Tanjung Rambutan, di sini hari ini.
Ringkasan AI
- Seorang wanita warga emas OKU mental cedera selepas terjatuh ke dalam perigi buta sedalam tiga meter di belakang rumahnya di Tanjung Rambutan sekitar jam 8.40 pagi.
- Pasukan bomba turun ke dalam perigi untuk membantu mangsa keluar dengan menggunakan abah-abah dan pengusung.
- Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan KKM dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.
"Seorang mangsa wanita dilaporkan telah terjatuh ke dalam perigi buta sedalam tiga meter di belakang rumahnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Jelasnya lagi, bomba kemudiannya turun ke dalam perigi untuk membantu mangsa keluar.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dipakaikan abah-abah dan diikat pada pengusung sebelum ditarik keluar.
"Mangsa diserahkan pada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans untuk menerima rawatan lanjut," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami