Jenayah siber seperti kes penipuan menggunakan identiti sesebuah bank melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) boleh dielakkan sekiranya masyarakat lebih berhati-hati dan peka terhadap teknologi masa kini.
Menurut Penolong Pengurus Besar Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia Joanne Wong, kes sedemikian berlaku apabila 'penipu' menghantar kiriman e-mel, SMS dan panggilan telefon untuk meminta butiran peribadi seperti butiran kad kredit, kata kunci, Kod Pengesahan Transaksi (TAC) daripada mangsa dengan menyamar sebagai pihak bank.
Beliau menegaskan bahawa pihak bank tidak akan sesekali meminta sebarang butiran perbankan peribadi melalui cara seperti itu.
Wong berkata penipuan sedemikian sukar dikenal pasti kerana e-mel atau SMS yang diterima mangsa kelihatan benar dan seolah-olah ia dihantar oleh institusi kewangan.
"E-mel yang dihantar oleh penipu itu kelihatan amat meyakinkan kerana ia mengandungi logo rasmi sesebuah syarikat dan pesanan yang dihantar menunjukkan alasan tertentu yang palsu untuk meminta kita memaklumkan butiran peribadi dan akaun," katanya kepada Bernama.
Menghuraikan caranya, Wong berkata komplot itu mungkin mendakwa bahawa akaun perbankan Internet atau kad kredit perlu dikemaskini atau telah diceroboh dan dibekukan hingga memerlukan butiran peribadi serta nombor kata laluan diberikan untuk memperbaikinya.
"E-mel atau SMS komplot penipuan tersebut biasanya akan mengubah haluan anda ke laman web penipu itu yang seterusnya meminta anda memasukkan butiran yang diminta," katanya.
Untuk mengelakkan menjadi mangsa tipu, Wong menasihatkan orang ramai supaya tidak mengakses sebarang pautan URL Internet dalam e-mel atau SMS yang didakwa dihantar oleh pihak bank.
Beliau berkata bagi mengenal pasti sebarang pautan Internet itu benar atau palsu, alamat laman web sesebuah bank itu perlu ditaip secara manual untuk mendaftar masuk ke akaun perbankan Internet masing-masing.
"Kita juga perlu elak mendaftar TAC dengan menggunakan nombor telefon bimbit pihak ketiga dan jangan melayan sebarang permintaan untuk mendapatkan maklumat peribadi kewangan atau keselamatan masing-masing melainkan kita telah menghubungi pihak bank terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata ketulenan laman web bank boleh diperiksa dengan memerhati ikon berbentuk ibu kunci yang terletak di petak alamat pelayar Internet dan jangan meneruskan sebarang aktiviti sekiranya tidak melihat ikon sedemikian.
"Jangan mengakses maklumat perbankan anda di kafe siber atau kawasan-kawasan wifi umum, gunakan pelayar Internet versi terkini kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan pastikan perisian antivirus dan sekuriti anda sentiasa dikemaskini," katanya.
Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya yang mendakwa turut menerima kiriman e-mel sedemikian, berkata kes penipuan itu dapat dielakkan sekiranya setiap individu mengamalkan sikap berjaga-jaga dan meneliti terlebih dahulu setiap e-mel yang diterima.
"Saya juga telah menerima beberapa e-mel seperti itu baru-baru ini, tetapi saya telah abaikannya kerana tahu e-mel itu palsu dan saya harap orang ramai perlu abaikan e-mel sedemikian.
"Jangan akses sebarang pautan Internet dalam e-mel yang didakwa dihantar oleh bank dan hubungi pihak bank untuk mengenal pasti," katanya.
Saharuddin berkata isu penipuan itu dilihat semakin berleluasa apabila pihaknya menerima 300 aduan membabitkan kerugian lebih RM1 juta dengan menggunaan identiti bank tempatan, sejak Januari hingga Jun lepas.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerugian membabit jenayah siber di negara ini pada tahun lalu ialah RM1.6 bilion yang meningkat RM1.1 bilion berbanding pada tahun sebelumnya.
Sehubungan itu, Saharuddin meminta pihak berkuasa memantau dan membanteras sindiket penipuan itu bagi mengelak ia berleluasa dan lebih ramai yang menjadi mangsa.
Bernama
Mon Aug 12 2013
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Pelajar Columbia sifatkan NYPD kejam, ngeri
Polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
AWANI Ringkas: Selesaikan isu bekalan air, susulan cuaca panas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rudingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Pembinaan semula Gaza ambil masa berdekad lamanya
Pembinaan semula infrastruktur kediaman yang musnah di Gaza akan mengambil masa sehingga 2040.
Sudah lebih 40 hari Aliff tidak bercakap dengan Bella, anak-anak
Aliff berasa takut untuk mendengar suara Bella setelah sekian lama tidak menghubungi isterinya itu.
Aliff Aziz 'buka mulut’ isu ditangkap khalwat dengan Ruhainies
Enggan tuding jari pada Bella Astilah yang didakwa menjadi dalang, sebaliknya, anggap itu kesilapan sendiri.
Dana RM30 juta untuk misi sedia program peningkatan kemahiran belia India - Steven Sim
Inisiatif itu akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.
HRD Corp peruntuk RM10 juta program kemahiran belia India
Dana RM10 juta yang diperuntuk di bawah HRD Corp bagi pelaksanaan inisiatif Kemahiran India Malaysia (MISI) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)-Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) akan diguna bagi menyediakan program peningkatan kemahiran kepada golongan belia komuniti itu di negara ini
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh - Bank Negara
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh pada separuh kedua tahun 2023.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber
Mesyuarat itu turut dihadiri pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan badan yang berkaitan.
Memperkasakan Bahagian Forensik Teknologi SPRM dalam jenayah siber
Kepentingan penyiasatan digital forensik amat relevan terutamanya dalam menyelesaikan kes jenayah, melindungi individu dan organisasi sekali gus menegakkan keadilan.
KDN perhalusi cadangan pinda Akta 593, 574 bagi bendung jenayah siber
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, cadangan itu kini sedang menunggu pandangan dan ulasan daripada Jabatan Peguam Negara.
Jenayah siber dijangka terus meningkat susulan kepesatan teknologi, AI - KPN
Undang-undang Malaysia yang sedia ada berkaitan jenayah siber perlu dikaji dengan memasukkan elemen penipuan melalui perisian dan peranti komputer.
Jenayah siber: Sentiasa skeptikal terhadap sebarang maklumat - Fahmi
Hal ini kerana penjenayah siber turut mengambil peluang atas kemajuan teknologi dengan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan mereka.
Kerajaan Perpaduan komited jalin lebih banyak PPP perangi jenayah siber - Fahmi
PPP adalah kaedah paling berkesan untuk memerangi jenayah siber kerana ia terbentuk daripada platform sinergi dan neutral.
Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK
AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.