awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk lengkap pengambilalihan Twitter pada AS$44 bilion

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2022
01:21 MYT
Elon Musk lengkap pengambilalihan Twitter pada AS$44 bilion
Elon Musk dilapor telah menyelesaikan pengambilalihan Twitter bernilai $44 bilion. -Gambar fail
JUTAWAN dan pemilik syarikat Tesla, Elon Musk dilapor telah menyelesaikan pengambilalihan Twitter bernilai $44 bilion.
Menurut beberapa laporan media dan pelabur dalam firma itu, langkah tersebut turut disusuli pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan Ketua Hal Ehwal Undang-undang serta Dasar Twitter berkuat kuasa serta-merta.
CEO Parag Agrawal, dan CFO Ned Segal dan Vijaya Gadde tidak lagi bersama syarikat itu, menurut laporan media AS.
Musk mendakwa eksekutif tertinggi syarikat itu telah mengelirukan beliau dan pelabur Twitter berhubung jumlah akaun palsu di platform media sosial tersebut.
Agrawal dan Segal berada di ibu pejabat Twitter di San Francisco apabila perjanjian itu dimeterai dan telah diiring keluar, lapor media AS yang memetik sumber dalaman syarikat.
Saham platform media sosial Twitter akan digantung daripada dagangan pada Jumaat, menurut laman web Bursa Saham New York.
Musk dalam pada itu dilapor berkata beliau membeli Twitter untuk membantu masyarakat dunia dan mahu "tamadun manusia mempunyai ruang digital yang sama".
Awal minggu ini, Musk menghantar tweet video dirinya berjalan ke ibu pejabat Twitter di San Francisco sambil membawa sinki dapur dengan kapsyen: "Let that sink in!"
Beliau juga menukar profil Twitternya kepada "Chief Twit".
Musk dalam pada itu mengulangi ketegasannya untuk ‘menumpaskan’ bot spam di Twitter, membuat algoritma yang membolehkan pengguna secara terbuka menentukan isi kandungan, selain menghalang platform itu daripada menjadi ruang kebencian dan perpecahan.
Namun Musk tidak mendedahkan butiran tentang bagaimana dia akan melaksanakan semua itu dan siapa yang akan mengendalikan syarikat itu.
Beliau turut merancang mengurangkan jumlah pekerja menyebabkan kira-kira 7,500 staf Twitter kini bimbang tentang masa depan mereka.
Topic Berkaitan
#Twitter
#Elon Musk
#Parag Agrawal
#Ned Segal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan