SHAH ALAM: Harga emas global naik melepasi paras tertinggi baharu iaitu AS$2,420 (RM11,537.30) seauns atau RM370.93 segram susulan laporan awal membabitkan serangan Iran ke atas Israel pada hujung minggu lalu.
CIMB Treasury and Markets Research dalam satu nota penyelidikan berkata, peningkatan konflik di Asia Barat menyaksikan harga emas melonjak sebelum menyusut kepada AS$2,350 (RM11,203.60) atau RM360.20 segram.
Katanya, harga minyak mentah turut mengalami kenaikan ekoran konflik Asia Barat itu yang kian tegang.
"Harga minyak mentah Brent mengimbangi paras tertinggi harian pada AS$92 (RM440) untuk ditutup 0.8 peratus lebih tinggi kepada AS$90.5 (RM432) setong," katanya.
Konflik Asia Barat meningkat apabila Iran melancarkan ratusan peluru berpandu balistik dan dron terhadap Israel pada Sabtu.
Serangan itu sebagai tindak balas terhadap Israel yang melakukan serangan udara pada 1 April ke atas Kedutaan Iran di Damsyik, Syria yang mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh staf Kor Pengawal Revolusi Iran termasuk dua jeneral utama.
Dalam pada itu, CIMB Treasury and Markets Research menjelaskan, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) turut jatuh mendadak dengan aktiviti penutupan pendek yang menguatkan rali (suatu tempoh kenaikan harga di pasaran) selepas kerugian besar pada Rabu.
"Hasil dua tahun turun tujuh mata asas (bps) kepada 4.90 peratus selepas menghampiri paras 5.00 peratus sementara hasil 10 tahun ditutup tujuh bps lebih rendah setelah melepasi paras 4.50 peratus ketika dagangan harian sebelum ia mengurangkan keuntungan.
"Indeks dolar AS (DXY) pula meneruskan keuntungan untuk sesi ketiga berturut-turut bagi mencapai paras 106.0 iaitu paras tertingginya sejak Oktober di tengah-tengah jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengekalkan kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama," tambahnya.
Bagaimanapun, CIMB Treasury and Markets Research berkata, pengukuhan dolar AS menimbulkan masalah kepada mata wang G10 yang merosot 0.4 hingga 1.5 peratus dengan euro jatuh 0.8 peratus di tengah-tengah keyakinan pasaran yang semakin meningkat terhadap pemotongan kadar Bank Pusat Eropah (ECB) pada Jun lalu.
"Mata wang serantau merosot berbanding dolar AS dengan dolar Singapura susut 0.6 peratus namun ringgit meningkat 0.5 peratus melepasi paras 4.77 selepas dagangan dibuka semula,” ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 15 2024
Harga emas global naik melepasi paras tertinggi baharu iaitu AS$2,420 (RM11,537.30) seauns atau RM370.93 segram susulan laporan awal membabitkan serangan Iran ke atas Israel pada hujung minggu lalu. - Gambar hiasan
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Emas naik harga susulan konflik Iran-Israel
Harga emas global naik melepasi paras tertinggi baharu iaitu RM11,537.30 seauns atau RM370.93 segram susulan laporan awal membabitkan serangan Iran ke atas Israel.