awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eropah mengadakan rundingan khas untuk Cyprus

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2013
23:29 MYT
Eropah mengadakan rundingan khas untuk Cyprus
Menteri Kewangan Eropah kini bertungkus lumus menyelesaikan rundingan dana penyelamat yang telah lama tertangguh bagi Cyprus.
Jumlah dana penyelamat itu yang pada asalnya berjumlah sehingga 17 bilion euro kini berkemungkinan dikurangkan kepada sekitar 10 bilion.
Sekiranya pakej dana penyelamat itu dipersetujui, Cyprus perlu mematuhi syarat ketat yang bakal ditetapkan Troika.
Antaranya langkah untuk mengecilkan sektor perbankannya ialah dengan menaikkan cukai dan menswastakan beberapa aset milik kerajaan.
Cyprus adalah negara kelima yang memohon dana bantuan daripada Troika ekoran masalah kekurangan modal sektor perbankannya.
Bank negara berkenaan memerlukan dana sekitar 4 bilion euro dalam bentuk tambahan modal.
Rakan sekutunya Russia telah menyatakan persetujuan untuk menyediakan pinjaman baru selain melanjutkan pinjaman 2.5 bilion yang telah dipersetujui pada akhir 2011.
Ekonomi Cyprus mewakili kurang 0.2 peratus daripada keseluruhan pengeluaran ekonomi zon euro.
Topic Berkaitan
#Cyrus
#Menteri Kewangan Eropah
#Russia
#Troika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan