KUALA LUMPUR:Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli 15 juta lagi saham dalam FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka pada RM19.5 juta.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV menjelaskan saham itu dibeli semalam pada harga RM1.30 sesaham.
Langkah itu sekali gus menjadikan jumlah saham FGV yang dibeli oleh Felda setakat ini minggu ini sebanyak 66 juta saham.
Pada Isnin dan Selasa, Felda telah membeli 51 juta saham melalui pasaran terbuka pada RM1.30 sesaham dengan keseluruhannya bernilai RM66.3 juta.
Minggu lepas, Felda mengumumkan menerusi dua kenyataan bahawa ia telah membeli sejumlah 27.15 juta saham FGV daripada pasaran terbuka pada harga RM1.29 sesaham atau RM35.02 juta.
Ini dilaksanakan selepas agensi itu mengeluarkan dokumen tawarannya pada Selasa minggu lepas (12 Jan) berkaitan dengan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat untuk semua baki saham dalam FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.
Tawaran RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga pukul 5 petang pada 2 Feb, 2021 kecuali dilanjutkan atau disemak.
Pada 8 Dis, 2020, Felda, yang telah memiliki 21.24 peratus kepentingan ekuiti dalam FGV, meningkatkan kepentingannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham.
Tambahan 13.88 peratus kepentingan pula telah dibeli daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (6.1 peratus) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).
Saham FGV tidak berubah pada RM1.30 tengah hari ini dengan 5.97 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021

Langkah itu sekali gus menjadikan jumlah saham FGV yang dibeli oleh Felda setakat ini minggu ini sebanyak 66 juta saham. - Gambar fail

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Lipat gandakan usaha, sedia hadapi PRU15 - Anwar Ibrahim
Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

Petani India marah, undang-undang baharu agrikultur jejas pendapatan
Walaupun disifatkan sebagai reformasi oleh Perdana Menteri Narendra Modi, namun ia sebenarnya menyusahkan petani jana pendapatan.

Jerman sedia kit ujian saringan COVID-19 di pasar raya
Kit ujian saringan pantas itu dijual pada sekitar harga 25 euro atau RM121 setiap satu.

Polis tahan dua beradik kerana disyaki membunuh
Polis menahan dua beradik lelaki hari ini, kerana disyaki membunuh seorang peneroka selepas satu pertengkaran di sebuah rumah di Felda Mempaga 3, Bentong, semalam.

Anak jati Perak Arif Sabron terpilih bermain di kelab hoki Butterfly Roma, Itali
Pemain hoki kebangsaan, Arif Sabron terpilih untuk mewakili Kelab Hoki Butterfly Roma, Itali mulai 15 Mac hingga 15 Jun 2021.

Nabawan dikenakan PKP, PKPD di beberapa lokaliti Felda di Maran - Ismail Sabri
Ia adalah susulan peningkatan kes yang dicatatkan di kawasan berkenaan.

Tarikh akhir tawaran pengambilalihan FGV dilanjutkan kepada 15 Mac
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah melanjutkan tempoh tawaran sehingga 15 Mac depan bagi mendapatkan 90 peratus saham FGV Holdings Bhd melalui pengambilalihan mandatori.

PKPD Kampung Teluk Sitiawan dan Felda Triang 3 Bera ditamatkan esok - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Teluk, Sitiawan, Perak dan Felda Triang 3, Bera bermula 24 Februari 2021 (Rabu).

Berita tempatan pilihan sepanjang Isnin
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dari suka-suka, kini halaman rumah Cikgu Masni dihiasi ratusan jenis pokok keladi
Bermula hanya menanam 10 jenis pokok keladi, halaman rumah Masni ketika ini sudah dihiasi lebih 100 jenis tumbuhan berkenaan.

COVID-19: PKPD di Felda Triang 3, Bera bermula 18 Feb hingga 3 Mac
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lokaliti tersebut kerana KKM melaporkan peningkatan kes COVID-19.

Tarikh akhir penerimaan pengambilalihan FGV dilanjutkan
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) melanjutkan lagi masa dan tarikh tutup penerimaan tawaran daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi pengambilalihan FGV Holdings Bhd.

Gelembung sukan: Guna sebaik mungkin kebenaran berlatih, persiap pasukan menjelang saingan - Mohd Nidzam
Untuk musim ini, pasukan yang dikenali dengan jolokan The Fighters itu mengesahkan tidak menyertai saingan Liga-M.