KUALA LUMPUR: Festival Beli-belah Global 11.11 platform e-dagang, Alibaba membawa kemeriahan kepada pengguna dengan menawarkan lebih 290,000 jenama dalam pelbagai kategori.

Festival tahunan kali ke-14 tersebut turut menyediakan para peniaga dengan alat dan penyelesaian dalam mengembangkan program keahlian kesetiaan jenama selain memperkenalkan rangkaian produk baharu mereka.

Presiden Pembangungan Industri dan Pusat Operasi Taobao dan Tmall, Kumpulan Alibaba, Chui Xue berkata, festival 11.11 edisi kali ini menampilkan produk yang paling pelbagai dalam sejarah acara ini dengan sebanyak 17 juta produk tersedia kepada satu bilion pengguna aktif di China.

“11.11 merupakan jentera yang paling berkuasa bagi pertumbuhan pelanggan kami pada setiap tahun. Mentransformasikan kesedaran pengguna kepada kesetiaan pelanggan merupakan kunci utama kepada penjanaan pulangan terbaik terhadap pelaburan.

Royal Canin flagship store sudah beroperasi selama 10 tahun di Tmall dan pengurusan keahlian menjadi salah satu bidang utama operasi perniagaan mereka.

“Kami akan memperkenalkan inovasi teknologi dan perniagaan dan pada masa yang sama menambah baik pemadanan penawaran permintaan serta pengurusan keahlian kesetiaan, bagi menyokong rakan kongsi jenama dan peniaga,” katanya pada majlis pelancaran Festival 11.11 di Beijing, China pada Rabu.

Sehingga kini, lebih 40 jenama dan 600 jenama di Tmall masing-masing mempunyai program keahlian kesetiaan yang melepasi 10 juta ahli dan satu juta ahli.

Prajualan 11.11 di Tmall kini sudah bermula - tingkap pertama bakal bermula pada pukul 8 malam, 31 Oktober dan berakhir 3 November, manakala tingkap kedua akan berakhir mulai pukul 8 malam, selama sehari bermula 10 November.

Festival 11.11 edisi kali ini menampilkan produk yang paling pelbagai dalam sejarah acara ini termasuk Dove.

Membantu jenama memupuk pelanggan bernilai tinggi

Alibaba akan menyokong peniaga dari segi pengambilan ahli kesetiaan termasuk inisiatif lain bagi menggalakkan penggunaan sistem keahlian lebih luas. Ia menjadi punca untuk menarik, melibatkan dan mengekalkan pengguna kepada platform peniaga.

Menurut Xue, menerusi program keahlian kesetiaan premium seluruh ekosistem Alibaba, 88VIP mempunyai lebih 25 juta ahli dengan perbelanjaan purata tahunan sebanyak lebih RMB57,000 (RM37,460) yang mencerminkan asas pengguna berkualiti tinggi dengan hasrat pembelian yang kukuh di platformnya.

Juga banyak lagi jenama akan mempamerkan hasil inovasi produk mereka yang diinkubasikan berdasarkan cerapan daripada Tmall Innovation Center.

“Alibaba berada pada kedudukan yang kukuh dan komited untuk membantu para peniaga membina keupayaan pengendalian keahlian masing-masing… ia disasarkan untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan semasa kitaran hidup pelanggan.

“Banyak jenama terkemuka termasuk Nike dan Unilever melaksanakan program keahlian kesetiaan jenama menerusi Tmall.

“Ia bagi berinteraksi dengan pelanggan sedia ada secara lebih efektif selain memperoleh pelanggan baharu… khususnya daripada asas lebih 123 juta pengguna aktif tahunan yang membelanjakan lebih RMB10,000 (RM6,570) setiap tahun di Taobao dan Tmall,” ujarnya.

Ahli 88VIP boleh menikmati potongan lima peratus bagi lebih 300 produk jenama dagangan dan keutamaan keahlian dalam ekosistem Alibaba termasuk Youku, Ele.me, Amap dan Fliggy.

Pelbagai rangkaian produk baharu bakal diperkenalkan pada 11.11 termasuk fesyen dan aksesori oleh jenama mewah terkemuka, Moncler serta Ferrari yang membuka kedai perdana Tmall pada bulan lepas.

Juga banyak lagi jenama akan mempamerkan hasil inovasi produk mereka yang diinkubasikan berdasarkan cerapan daripada Tmall Innovation Center.


*Artikel ini adalah kandungan berbayar