FGV bawa cita rasa Malaysia ke Gulfood 2026

(Dari kiri) Datuk Fakhrunniam Othman, bersama Ketua Bahagian Produk Pengguna dan Pegawai Bertanggungjawab Delima Oil Products Sdn Bhd, Aznur Kama Azmir mengetuai penyertaan syarikat di Gulfood 2026. - Foto FGV Holdings Bhd
DUBAI: Dalam usaha mengangkat nama Malaysia di pentas global, FGV Holdings Berhad kembali menyertai Gulfood 2026, pameran perdagangan makanan dan minuman terbesar dunia, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai teman kulinari dipercayai Malaysia di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).
Ringkasan AI
- Dalam usaha mengangkat nama Malaysia di pentas global, FGV Holdings Berhad kembali menyertai Gulfood 2026, pameran perdagangan makanan dan minuman terbesar dunia, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai teman kulinari dipercayai Malaysia di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).
- Penyertaan ini selari dengan strategi pertumbuhan serantau FGV yang memberi tumpuan kepada perluasan kerjasama komersial, pertumbuhan rangkaian pengedaran serta kehadiran berterusan di pasaran utama MENA, yang terus menunjukkan permintaan kukuh terhadap produk makanan dan minuman dari Malaysia.
- Pada edisi kali ini, FGV mengambil bahagian dalam dua sektor utama iaitu Lelemak dan Minyak di Dubai World Trade Centre, serta Dagangan Barangan Runcit di Dubai Exhibition Centre. Penyertaan dwi-lokasi ini membuka ruang interaksi lebih luas dengan rakan niaga, pembeli industri dan pengguna serantau.
- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Fakhrunniam Othman berkata, penyertaan di Gulfood 2026 menjadi platform penting untuk menampilkan portfolio produk dan keupayaan operasi FGV yang menepati keperluan pasaran serantau, dengan penekanan terhadap jaminan halal, kebolehkesanan sumber sawit menyeluruh, kestabilan bekalan serta nilai tambah hiliran.
Penyertaan dwi-lokasi ini membuka ruang interaksi lebih luas dengan rakan niaga, pembeli industri dan pengguna serantau.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Fakhrunniam Othman berkata, penyertaan di Gulfood 2026 menjadi platform penting untuk menampilkan portfolio produk dan keupayaan operasi FGV yang menepati keperluan pasaran serantau, dengan penekanan terhadap jaminan halal, kebolehkesanan sumber sawit menyeluruh, kestabilan bekalan serta nilai tambah hiliran.

Sebagai teman kulinari yang dipercayai di Malaysia, FGV terus memperkukuh kehadirannya dengan meneroka pasaran baharu, sekali gus menghubungkan pasaran global dengan keunggulan produk makanan dan agroperniagaan Malaysia. - Foto FGV Holdings Bhd
“Di samping kita menjalankan perniagaan berasaskan sawit dan lelemak, kita juga membawa bendera Malaysia di mana FGV sebagai antara pengeluar bukan sawit terbesar di Malaysia di dunia telah berjaya menembusi pasaran Middle East North Africa sejak lebih 35 tahun yang lalu,” katanya.
Menurut beliau, berpaksi kepada asas eksport yang mampan, pasaran MENA kekal sebagai keutamaan strategik FGV di bawah pelan pengembangan hiliran syarikat, dengan usaha berterusan untuk meningkatkan skala kehadiran di rantau tersebut.
“Kita terus melebarkan pasaran retail MENA ini. Kita akan pastikan kita bertanding dan melibatkan diri dengan penuh rasa tanggungjawab membawa kualiti terbaik, kestabilan bekalan, kemampanan serta menjadi pembekal yang bertanggungjawab dari segi kebolehkesanan dan kelestarian,” jelasnya.
Selain pameran produk, reruai FGV turut menampilkan demonstrasi masakan secara langsung, aplikasi produk serta pemberian sampel, membolehkan pengunjung dan rakan niaga merasai sendiri kepelbagaian penggunaan, kualiti dan kesesuaian produk FGV dengan citarasa serta masakan serantau MENA.
“Rantau MENA merupakan tonggak utama dalam strategi pertumbuhan antarabangsa FGV. Penyertaan di Gulfood membolehkan kami memenuhi permintaan pasaran, mewujudkan kerjasama jangka panjang, memperluas rangkaian pengedaran serta memperlihatkan keupayaan FGV sebagai teman kulinari dipercayai Malaysia,” tambahnya.

Interaksi pegawai-pegawai FGV bersama pelanggan di Gulfood 2026 bagi meneroka peluang kerjasama di pasaran makanan global. - Foto FGV Holdings Bhd
Permintaan terhadap produk makanan dan minuman buatan Malaysia di rantau MENA terus menunjukkan peningkatan. Pada 2024, eksport makanan terproses Malaysia mencecah RM2.32 bilion, dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kekal sebagai pengimport utama.
Sejak 2018, FGV telah mengeksport produk seperti minyak masak dan lelemak ke pasaran MENA, melibatkan jumlah eksport kira-kira 100,000 metrik tan. Berteraskan asas eksport ini, FGV terus meneroka peluang untuk memperluas kehadiran dan menyokong keperluan sekuriti makanan serantau.
Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, FGV menawarkan pelbagai jenama makanan pengguna termasuk SAJI, SERI PELANGI, ADELA, PREMEO dan GULA PRAI, selari dengan komitmen syarikat itu dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, berkhasiat dan mampu milik.
Sebagai sebuah syarikat perniagaan agri terkemuka berpusat di Malaysia, FGV merupakan antara pengeluar Minyak Sawit Mentah (MSM) terbesar dunia serta pembeli utama tandan buah segar pekebun kecil, dengan 70 peratus bekalan diperoleh daripada peneroka FELDA dan pekebun kecil bebas.
FGV turut beroperasi di Asia, Asia Barat, Amerika Utara dan Eropah, disokong tenaga kerja lebih 45,000 orang merentasi pelbagai sektor perniagaan.

Interaksi pegawai-pegawai FGV bersama pelanggan di Gulfood 2026 bagi meneroka peluang kerjasama di pasaran makanan global. - Foto FGV Holdings Bhd
Untuk maklumat lanjut, layari www.fgvholdings.com atau ikuti platform media sosial rasmi FGV di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


