Op Jack Sparrow: Seorang lagi ahli Geng Captain Praba ditahan di Bangkok

M. Kumar (foto) berkata lelaki berkenaan ditahan berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Sepang pada 14 Jan lepas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang lagi ahli Geng Captain Praba yang tersenarai sebagai individu dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah terancang ditahan di Bangkok, Thailand menerusi Operasi Jack Sparrow pada Rabu.
Ringkasan AI
- Seorang ahli Geng Captain Praba yang menjadi buruan polis kerana didakwa terlibat dalam jenayah terancang ditahan di Bangkok, Thailand melalui Operasi Jack Sparrow.
- Penahanan suspek ini dilakukan berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Sepang, dengan seramai 18 individu ditahan sejak operasi bermula.
- Suspek dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, terlibat dalam kes kecederaan parah di Subang Jaya, serta didapati memiliki senjata berbahaya dalam rusuhan, dengan pertuduhan akan dikemukakan tidak lama lagi.
Dengan penahanan terbaharu ini, seramai 18 individu berjaya ditahan setakat ini menerusi Operasi Jack Sparrow.
“Suspek turut dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang kira‑kira jam 11 pagi Khamis mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Siasatan juga mendapati lelaki berkenaan terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan parah di Subang Jaya bulan lalu, dan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata berbahaya dalam rusuhan.
Kedua‑dua pertuduhan itu akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Dalam masa sama, Kumar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Thailand atas kerjasama erat yang membantu kejayaan operasi tersebut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapa jumlah individu yang telah ditahan melalui Operasi Jack Sparrow setakat ini? A: Seramai 18 individu telah berjaya ditahan melalui Operasi Jack Sparrow.
- Q: Apakah kesalahan yang dituduhkan kepada suspek yang baru ditahan di Bangkok, Thailand? A: Suspek dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.
- Q: Apakah peranan pihak berkuasa Thailand dalam penahanan suspek yang baru? A: Pihak berkuasa Thailand membantu menahan suspek sebelum dibawa pulang ke Malaysia untuk tindakan lanjut.
- Q: Apakah kesan penahanan suspek baru ke atas operasi pihak berkuasa Malaysia? A: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan penghargaan kepada pihak berkuasa Thailand atas kerjasama erat yang membantu kejayaan operasi tersebut.
- Q: Apakah kesan lain yang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan berhubung suspek yang baru ditahan? A: Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan berhubung kes menyebabkan kecederaan parah di Subang Jaya bulan lalu.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

