KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM1.10 bilion, meningkat dua kali ganda pada separuh pertama tahun berakhir 30 Jun 2022 (TK2022) berbanding RM516 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, keuntungan operasi kumpulan mencatatkan RM1.34 bilion daripada RM524 juta, manakala hasil meningkat sebanyak 64 peratus kepada RM13.3 bilion berbanding RM8.08 bilion pada separuh pertama tahun lepas.
“Kami bercita-cita untuk menjadi perniagaan tani bersepadu dan mampan terkemuka di dunia.
“Berdasarkan prestasi separuh pertama, kami pastinya berada di landasan yang betul untuk mencatat trajektori pertumbuhan dan akan kekal optimistik bagi mencapai sasaran 2022," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, set keputusan kewangan yang cemerlang terutamanya didorong peningkatan dalam margin produk sawit adalah disebabkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi.
Katanya, purata harga MSM yang direalisasikan pada separuh pertama TK2022 adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 58 peratus mencecah RM5,165 setiap tan metrik (MT), berbanding RM3,268 setiap MT pada separuh pertama TK2021.
“Selain harga MSM, prestasi kukuh tersebut juga disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada sektor logistik FGV.
“Keuntungan operasi untuk sektor logistik meningkat 41 peratus tahun ke tahun kepada RM52 juta daripada RM37 juta dengan kadar pengendalian dan pengangkutan yang lebih baik dan volum pemprosesan yang lebih tinggi untuk perniagaan pengangkutan serta penyimpanan,” katanya.
Mohd Nazrul Izam berkata, operasi huluan FGV bagi sektor perladangan mencatatkan peningkatan dalam keuntungan operasi kepada RM567 juta, berbanding RM249 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Jelas beliau, peningkatan itu didorong harga purata MSM yang lebih tinggi iaitu RM5,254 setiap MT berbanding RM3,333 setiap MT dan kadar perahan minyak (OER) yang bertambah baik sebanyak dua peratus daripada 20.16 peratus kepada 20.63 peratus.
“Bagaimanapun, kos kelapa sawit mentah (CPO Ex-Mill) meningkat 30 peratus kepada RM2,203 setiap MT berbanding RM1,699 setiap MT pada suku yang sama tahun lepas disebabkan peningkatan dalam kos pengeluaran dan pemprosesan,” katanya.
Beliau dalam masa sama turut memaklumkan, situasi buruh telah menjejaskan produktiviti akibat kehilangan tanaman.
“Dalam menangani isu ini, FGV sedang giat mengambil pekerja dari negara tuan rumah dan sehingga Julai, kami telah menerima 647 pekerja asing dari India.
“Liputan pekerja kami pada masa ini mencapai 62 peratus dan kami optimis untuk menerima 7,000 pekerja menjelang akhir tahun untuk meningkatkan pengeluaran,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 31 2022
Keuntungan operasi kumpulan mencatatkan RM1.34 bilion daripada RM524 juta, manakala hasil meningkat sebanyak 64 peratus kepada RM13.3 bilion. -Dagang News
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
Arahan cuti Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia dilanjutkan hingga tahun depan
Arahan cuti Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia Holdings Bhd Mazatul Aini Shahar Abdul Malek Shahar akan dilanjutkan dari 15 Dis, 2023 hingga 15 Jan, 2024 atau sehingga tempoh yang dimaklumkan kelak.
Isu pegangan saham FGV dijangka selesai sebelum pertengahan 2024 - Shabery Cheek
FGV Holdings Bhd dijangka mengumumkan perincian berkaitan pegangan saham yang dipegang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam syarikat itu sebelum pertengahan tahun hadapan.
FGV catat RM1.10 bilion keuntungan sebelum cukai
Keuntungan operasi kumpulan mencatatkan RM1.34 bilion daripada RM524 juta, manakala hasil meningkat sebanyak 64 peratus kepada RM13.3 bilion.
FGV lantik perunding bebas kaji imbuhan pengarah
FGV Holdings Bhd telah melantik perunding bebas untuk menjalankan kajian dan penanda aras membabitkan imbuhan pengarah bukan eksekutif.
Program 3FR FGV bantu tingkat pendapatan petani
FGVIF terus mengukuhkan pasaran beras wangi tempatan dengan perkembangan terkini perniagaan pertanian padinya.
Hakim lain dengar bicara kes saman FGV Holdings terhadap Isa Samad
Saman itu difailkan FGV Holdings bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM7.69 juta membabitkan kondominium mewah di Troika, Persiaran KLCC.
FGV diberi masa 6 bulan lagi untuk patuh keperluan pemegangan saham awam
FGV Holdings Bhd diberi tempoh lanjutan enam bulan lagi oleh Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk mematuhi syarat berkaitan Keperluan Tebaran Pemegangan Saham Awam bursa.
FGV Holdings dapatkan nasihat guaman berhubung tuntutan RM170.70 juta
FGV Holdings menjelaskan FGV Prodata telah menerima writ saman tersebut pada 18 Mei, 2021.
FGV sedia serahkan kembali tanah Felda, nafi punca kerugian
FGV Holdings tegaskan, tiada masalah untuk menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) bersama Felda.
KPPK akan kemuka laporan bagi elak sekatan ke atas produk agrikomoditi negara
KPPK akan mengemukakan laporan akhir kajian menyeluruh situasi buruh sektor perladangan sawit Malaysia kepada Jabatan Buruh Amerika Syarikat.