KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) telah menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) diniagakan pada RM3,500 satu tan metrik tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Nazrul Izam Mansor berkata harga MSM adalah mampan memandangkan bekalan telah kembali normal.
"Kami berpendapat dinamik penawaran bekalan telah kembali normal termasuk kemasukan tenaga buruh dan pelonggaran sekatan akibat pandemik di peringkat global, saya fikir kita sepatutnya dapat melihat penurunan harga tetapi sudah pasti sekarang dengan perang antara Ukraine dan Rusia, ia telah menjejaskan paras harga dengan ketara," katanya pada taklimat media mengenai prestasi kewangan suku keempat FGV yang diadakan secara maya semalam.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata harga MSM hampir mencecah RM6,500 setan metrik pada minggu lepas.
"Justeru, ia adalah reaksi tipikal daripada perspektif permintaan dan penawaran pasaran. Kami menjangkakan harga didagangkan pada RM3,000 setan metrik kepada RM5,000 setan metrik," katanya.
Walaupun ketidaktentuan mengenai bekalan tenaga buruh terus yang berlanjutan, kumpulan itu menjangkakan keadaan akan pulih pada suku ketiga tahun ini, kata Mohd Nazrul.
Beliau berkata sektor perladangan akan terus menumpukan pada usaha penuaian, pemulihan tanaman dan penanaman semula untuk memastikan keuntungan kumpulan bagi tempoh jangka panjang.
"Seiring dengan ini sektor gula FGV akan mengoptimumkan kehadiran tempatannya melalui strategi jualan yang agresif, penembusan eksport serantau dan aktiviti perniagaan nilai tambah untuk meningkatkan jumlah jualan.
"Bagi sektor logistik pula, kami juga akan terus meneroka peluang untuk pengembangan dan kepelbagaian pasaran sambil meningkatkan keberkesanan operasinya," katanya.
Sehingga kini, FGV mempunyai sebanyak 30 kilang diperakui Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) dan 67 kilang diperakui Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), FGV komited untuk menarik balik penggantungan RSPO dan mencapai status penuh diperakui RSPO.
Melangkah ke hadapan, Mohd Nazrul berkata FGV kekal teguh untuk bersedia untuk menerima pakai sepenuhnya pendekatan kemampanan holistik yang akan mendorong FGV untuk memikirkan semula, menggunakan semula dan mereka bentuk semula strategi perniagaannya dalam menjadi perdagangan berasaskan kemampanan.
Beliau berkata pendekatan kemampanan holistik meliputi semua program kelestarian bagi membolehkan FGV menjadi operasi perniagaan berimpak sifar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
Menurut Mohd Nazrul, harga MSM hampir mencecah RM6,500 setan metrik pada minggu lepas. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.
Syarikat milik FGV dianugerah RM12.6 juta kes tamat kontrak bina rumah pekerja
AIAC memutuskan Multazam Development membayar FGV Plantations RM12.52 juta.
FGV bayar balik RM72.2 juta yuran pengambilan kepada 19,673 pekerja migran
FGV membayar balik yuran pengambilan berjumlah RM72.2 juta kepada 19,673 pekerja migrannya dalam usaha menangani Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.
FGV komited sokong agenda keselamatan makanan negara
Razak berkata sekiranya semua petani dapat menggandakan hasil, negara tidak perlu lagi bergantung kepada import.
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
FGV di landasan capai 50 peratus dapur isi rumah Malaysia guna jenama makanannya pada 2030
Saji dinobatkan sebagai 'Jenama Terunggul dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada 2022' oleh Kantar.
1.3 juta hektar tanaman sawit di Malaysia miliki MSPO - Fadillah
1.3 juta hektar tanaman sawit di negara ini telah dipersijilkan dengan MSPO, 661,844.12 hektar daripadanya milik pekebun kecil persendirian.
FGV lantik semula Shahrol Anuwar sebagai pengerusi interim
Shahrol Anuwar akan mengambil alih peranan baharu itu sehingga pelantikan pengerusi baharu oleh Pemegang Saham Khas FGV.
Keuntungan bersih FGV naik kepada RM1.32 bln untuk tahun kewangan 2022
Peningkatan disebabkan harga purata minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan sumbangan lebih baik daripada logistik perniagaannya.