awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong

Bernama
Bernama
03/02/2026
22:30 MYT
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Menurut Selangor FC, perbuatan sedemikian jelas bercanggah dengan nilai serta prinsip yang diperjuangkan kelab berkenaan dan komuniti bola sepak Selangor. - Facebook Selangor FC
SHAH ALAM: Kelab Bolasepak Selangor (Selangor FC) menyatakan rasa amat kesal terhadap insiden membakar suar membabitkan segelintir penyokong pasukan itu di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu, Terengganu, sebelum perlawanan Liga Super 2025/26 menentang Terengganu FC, Ahad lalu.
Dalam kenyataan semalam, kelab itu menegaskan tidak akan berkompromi serta mengutuk sebarang bentuk tingkah laku yang melanggar undang-undang dan mengancam keselamatan orang awam.
Menurut Selangor FC, perbuatan sedemikian jelas bercanggah dengan nilai serta prinsip yang diperjuangkan kelab berkenaan dan komuniti bola sepak Selangor.
"Selangor FC akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana kumpulan penyokong bagi menjamin keselamatan serta memperkasakan kemeriahan sukan bola sepak tempatan," menurut kenyataan itu.
Kelab berkenaan turut berharap insiden terbabit dijadikan iktibar oleh semua pihak dan menyeru penyokong agar sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab, saling menghormati serta bersatu padu demi memupuk budaya sokongan bola sepak yang lebih positif dan sihat.
Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Penaung Selangor FC menzahirkan rasa amat dukacita dan kecewa terhadap insiden itu serta tidak berkenan dengan budaya samseng dan gangsterisme dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.
Baginda turut mencadangkan supaya penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan menimbulkan kekacauan diharamkan daripada memasuki stadium bagi menghadiri mana-mana perlawanan melibatkan pasukan itu.
Pada Isnin, seramai 33 penyokong Selangor FC direman bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di jambatan berkenaan, Ahad lepas.
Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super antara Terengganu FC dan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mereka adalah antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu malam semalam bagi menjalani saringan air kencing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#bakar suar
#Liga Super
#Jambatan Angkat Kuala Terengganu
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan