KUALA LUMPUR: Syarikat -syarikat asing terus yakin dalam menjalankan perniagaan di Malaysia, menurut tinjauan oleh HSBC yang meliputi enam ekonomi terbesar di dunia.
Lebih daripada 1,500 syarikat dari China, India, Amerika Syarikat (AS), Jerman, Perancis dan United Kingdom mengambil bahagian dalam kaji selidik yang bertajuk "HSBC Navigator: Sea in Focus", sebanyak 32 peratus daripada syarikat itu mempunyai operasi di Malaysia.
HSBC Bank Malaysia BHD (HSBC Malaysia) berkata perniagaan di China, India dan terutamanya AS mahu memperluaskan operasi Malaysia mereka, mengutamakan pertumbuhan di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang atau memasuki pasaran Malaysia dua tahun akan datang.
"Perkembangan terbaharu ini berlaku dalam persekitaran pemulihan ekonomi apabila negara menerima kesan daripada tahun ketiga pandemik global," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia, Andrew Sill berkata Malaysia sentiasa menjadi pasaran yang menarik kepada ekonomi terbesar di dunia.
"Daya tahan ekonomi negara, rantaian bekalan yang cekap dan ekonomi digital yang berkembang pesat adalah tanda-tanda positif yang dicari syarikat-syarikat antarabangsa untuk peluang pertumbuhan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut kaji selidik itu, China menunjukkan minat mendalam dalam pasaran Malaysia berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.
"Antara enam pasaran 'inbound' dalam kajian tersebut, syarikat-syarikat dari China berkemungkinan besar merancang untuk pengembangan operasi perniagaan mereka di Malaysia, 41 peratus berbanding secara purata sebanyak 22 peratus.
"Ini adalah selaras dengan hubungan perdagangan China dan Malaysia kerana China kekal sebagai rakan dagangan terbesar di Malaysia selama 12 tahun berturut -turut," kata HSBC Malaysia.
Selain itu, hampir tiga dalam 10 (29 peratus) syarikat dari India dan hampir satu daripada empat (24 peratus) syarikat dari AS memberi keutamaan kepada pertumbuhan di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang, katanya.
Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk pelaburan asing dalam masa terdekat kerana hampir dua dalam 10 (19 peratus) syarikat merancang untuk berkembang di Malaysia dalam temph dua tahun akan datang dengan tumpuan khusus dari firma India (25 peratus) dan syarikat-syarikat dari China (22 peratus).
Menurut HSBC Malaysia, syarikat asing tertarik kepada Malaysia disebabkan oleh pandangan ekonomi yang optimis dan merebut peluang disediakan pasaran Malaysia untuk membangun, menguji produk dan penyelesaian baharu
"Satu pertiga daripada responden menyatakan ciri-ciri pasaran berkenaan (masing -masing sebanyak 34 peratus dan 33 peratus) sebagai menarik mereka untuk mengembangkan operasi Malaysia mereka," katanya.
Secara purata, responden juga memberitahu bahawa kemudahan rantaian bekalan (30 peratus), ketahanan ekonomi yang terbukti sebagai tindak balas kepada pandemik (31 peratus) dan ekonomi digital yang semakin meningkat (31 peratus) sebagai alasan yang menarik untuk pengembangan perniagaan di Malaysia.
"HSBC Navigator: Sea in Focus" mengukur sentimen syarikat untuk menjalankan perniagaan di rantau Asia Tenggara dan setiap negara, memberi tumpuan khusus kepada perdagangan, pendigitan dan kemampanan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Menurut kaji selidik itu, China menunjukkan minat mendalam dalam pasaran Malaysia berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain. - Gambar fail
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.