KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) telah membuat ikrar pelaburan bernilai RM100 bilion dalam pelbagai sektor di Malaysia sejak 18 bulan lepas, kata Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters.
Pelaburan besar itu melibatkan bidang yang menjadi tumpuan AS untuk mengukuhkan kedudukannya seperti elektronik dan semikonduktor selain segmen pusat data yang merupakan bidang pertumbuhan besar.
"Pelaburan AS semakin ketara ke Malaysia dan ini sememangnya baik untuk AS. Ini kerana, kami mendapat tahu bahawa Malaysia berperanan penting dalam (menyumbang kepada) rantaian bekalan dunia sewaktu pandemik COVID-19.
"Banyak kilang-kilang yang bergantung secara langsung terhadap produk yang dibuat di Malaysia. Kami juga telah menjalin hubungan ekonomi yang saling memberi manfaat dan masih wujud sehingga ke hari ini," katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam program The Nation terbitan Bernama TV di sini, hari ini.
McFeeters berkata, sebahagian besar syarikat-syarikat AS yang melabur di Malaysia turut meraih manfaat daripada teknologi terkini yang ditawarkan di negara ini.
Selain itu, beliau menyifatkan Malaysia telah memainkan peranan paling konstruktif dari segi integrasi ekonomi dalam rantau Asean.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi pusingan perundingan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pada Oktober ini untuk membincangkan pendekatan mewujudkan ekonomi lebih bersih dengan penggunaan tenaga boleh baharu (RE).
Pusingan rundingan tersebut akan meneliti isu-isu berbangkit pada abad ke-21 yang merangkumi bidang untuk mewujudkan ekonomi bersih dengan menggunakan RE selain meningkatkan rantaian bekalan bagi mengelak berulangnya gangguan di masa akan datang, kata beliau.
"Pertemuan pada Oktober itu penting kerana menjelang November 2023, AS pula akan berperanan sebagai hos Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang turut menjadi lokasi mengumumkan hasil rundingan tersebut.
"Adalah diharapkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menghadiri acara itu berikutan peranan besar Malaysia sebagai hos rundingan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
McFeeters berkata, sebahagian besar syarikat-syarikat AS yang melabur di Malaysia turut meraih manfaat daripada teknologi terkini yang ditawarkan di negara ini. - Gambar fail/Kedutaan Amerika Syarikat
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.