awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firma Malaysia labur AS$7 bilion di India, dipacu hubungan dua hala yang terus berkembang

Bernama
Bernama
01/10/2022
09:35 MYT
Firma Malaysia labur AS$7 bilion di India, dipacu hubungan dua hala yang terus berkembang
Syarikat Malaysia di India beroperasi dalam bidang seperti automotif, barangan pengguna laris, infrastruktur dan penjagaan kesihatan.
NEW DELHI: Pelaburan oleh syarikat Malaysia di India berjumlah AS$7 bilion (AS$1=RM4.63) dipacu oleh hubungan dua hala yang terus berkembang dalam pelbagai sektor, kata Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, Amizal Fadzli Rajali.
Syarikat Malaysia di India beroperasi dalam bidang seperti automotif, barangan pengguna laris, infrastruktur, penjagaan kesihatan, minyak dan gas serta tenaga boleh baharu.
"Sehingga kini, aliran masuk FDI (pelaburan langsung asing) Malaysia ke India berjumlah AS$7 bilion," katanya pada majlis sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata sebaliknya, terdapat 150 syarikat India melabur US$3 bilion di Malaysia dalam sektor seperti bioteknologi, kimia, perkhidmatan kewangan, pembuatan, farmaseutikal dan industri tekstil.
Justeru, syarikat India digalakkan mengembangkan operasi mereka di Malaysia dengan memanfaatkan peluang daripada kedudukan hab negara di rantau Asia Tenggara, katanya.
Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Luar India, Rajkumar Ranjan Singh, yang merupakan tetamu utama pada majlis itu, mengalu-alukan hubungan dua hala yang semakin utuh dan menyifatkan Malaysia sebagai antara rakan utama India di rantau ini.
Beliau berkata kedua-dua negara menikmati 'persahabatan yang teguh' dan kerjasama pula semakin berkembang dalam pelbagai bidang.
Majlis sambutan Hari Kebangsaan Malaysia itu turut dihadiri oleh duta-duta ASEAN, diplomat dari pelbagai misi, pegawai kerajaan India, ahli perniagaan dan anggota masyarakat Malaysia dan tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia-India
#pelaburan
#Infrastruktur
#kesihatan
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan