awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengguna iPhone 17 Pro lapor isu bunyi 'siulan' semasa mengecas
JKM Sarawak sedia hadapi banjir - Nancy
Zohran Mamdani batal semua arahan eksekutif mantan Datuk Bandar NY
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fitch semak turun penarafan Malaysia, unjuran stabil

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2020
12:28 MYT
Fitch semak turun penarafan Malaysia, unjuran stabil
Firma penarafan antarabangsa Fitch Ratings menyemak turun penarafan Malaysia daripada "A-" kepada "BBB" berdasarkan krisis COVID-19 menjejaskan beberapa metrik kredit utama negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Firma penarafan antarabangsa Fitch Ratings menyemak turun penarafan Malaysia daripada "A-" kepada "BBB+" dengan unjuran stabil pada Jumaat.
Dalam analisisnya, semakan turun berkenaan dibuat berdasarkan krisis COVID-19 menjejaskan beberapa metrik kredit utama Malaysia.
"Pihak berkuasa bertindak pantas untuk menguruskan krisis dengan menyediakan langkah bantuan kepada individu dan perniagaan terjejas," jelas Fitch Ratings.
Bagaimanapun kesan COVID-19 kepada ekonomi Malaysia adalah besar dan ia membebankan tekanan fiskal negara, seperti mana negara-negara lain.
Fitch Ratings juga berpendapat, walaupun Belanjawan 2021 diluluskan untuk melaksanakan langkah bantuan COVID-19, ketidaktentuan politik susulan daripada perubahan dalam kerajaan pada Mac lalu memberi tekanan kepada jangkaan dasar serta prospek penambahbaikan dalam piawaian tadbir urus.
Firma tersebut juga meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia boleh menyusut kepada 6.1 peratus pada 2020 sebelum melantun kepada 6.7 peratus pada 2021, dengan pemulihan dalam projek infrastruktur serta eksport barangan dan komoditi.
Topic Berkaitan
#Fitch Ratings
#Penarafan Malaysia
#kredit utama Malaysia
#firma penarafan
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan