awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FMM harap tiada cukai tambahan sektor pembuatan dalam Belanjawan 2026

Bernama
Bernama
18/09/2025
00:20 MYT
FMM harap tiada cukai tambahan sektor pembuatan dalam Belanjawan 2026
FMM juga telah mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan majlis penyelarasan rantaian bekalan ASEAN untuk menghubungkan dan memperkukuh rantaian bekalan serantau.
KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai tambahan ke atas industri pembuatan semasa pembentangan Belanjawan 2026.
Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, pengecualian cukai tambahan bagi sektor berkenaan dapat memberi sedikit kelonggaran dan membolehkan perniagaan memfokuskan kepada aktiviti mereka dalam keadaan peningkatan kos operasi dan ketidaktentuan global.
"Kekalkan wang berkenaan dalam sistem ekonomi. Biarkan wang itu digunakan dalam sistem ekonomi. Sekiranya kerajaan terus mengenakan cukai ke atas industri, industri tidak akan menjana keuntungan," katanya pada sidang media semasa taklimat Tinjauan Keadaan Perniagaan FMM bagi separuh pertama 2025, di sini. pada Rabu.
Soh berharap kerajaan dapat memahami keperluan pemain industri dan memberikan mereka peluang untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan masing-masing dan pada masa sama terus menjana pendapatan yang mencukupi untuk sektor itu.
Beliau berkata, FMM juga telah mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan majlis penyelarasan rantaian bekalan ASEAN untuk menghubungkan dan memperkukuh rantaian bekalan serantau.
"Langkah ini bagi membolehkan keseluruhan rantaian bekalan ASEAN dapat dihubungkan melalui majlis berkenaan. Ini adalah peluang besar memandangkan kita dapat meningkatkan penjanaan perolehan melalui majlis rantaian bekalan ASEAN," katanya.
Menurut Soh, rangkaian penyelarasan ini diperlukan supaya setiap negara ASEAN dapat bekerjasama untuk meningkatkan potensi mereka melalui aktiviti memindahkan kembali operasi perniagaan, atau memindahkan operasi ke negara lebih dekat dengan pasaran utama mereka.
Beliau berkata, dengan sokongan daripada kerajaan-kerajaan negara ASEAN, sektor swasta terutamanya yang memfokuskan kepada transaksi perniagaan kepada perniagaan boleh meningkatkan lagi kebolehannya.
"Seperti Malaysia, kita boleh bekerjasama dengan Thailand dan Vietnam untuk mendapatkan sebahagian daripada barangan perantaraan kita. Ini adalah antara strategi yang boleh kita laksanakan untuk memperkukuh sistem rantaian bekalan kita," katanya.
Soh berkata, persekutuan itu akan mengadakan mesyuarat pertama dengan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) untuk membincangkan cadangan berkenaan pada 23 Sept 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia
#FMM
#cukai tambahan
#industri pembuatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan