Syarikat farmaseutikal terbesar dunia Pfizer bakal bergabung dengan syarikat pembuat botox Allergan dari Ireland.

Gabungan itu dikritik hebat Parti Demokrat Amerika Syarikat yang melihat ia sebagai langkah syarikat untuk mengelak daripada membayar cukai.

Ia turut menyaksikan alamat cukai syarikat bekenaan berpindah ke Ireland yang mengenakan kadar cukai korporat lebih rendah berbanding negara Uncle Sam itu.

Sejak 3 dekad yang lalu lebih 50 syarikat gergasi Amerika melakukan langkah yang serupa.

Menurut penyelidik, sekiranya pertukaran seumpama ini tidak diselia, Amerika akan kehilangan hasil cukai yang banyak dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pfizer-Allergan yang tetap dikenali sebagai Pfizer Plc akan meneruskan operasi di New York namun tidak lagi dikenakan cukai sebagai sebuah syarikat tempatan.

Gabungan itu mencatat nilai USD$160 bilion sekaligus menjadikan ia gabungan terbesar untuk tahun ini.