awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji minimum pekerja Aeon dinaik kepada RM1,500

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2022
13:47 MYT
Gaji minimum pekerja Aeon dinaik kepada RM1,500
Aeon berkata kenaikan gaji minimum itu membabitkan pekerja gred G dan ia merupakan gaji asas tidak termasuk elaun dan insentif lain. - Gambar/ Wikimedia
KUALA LUMPUR : Rangkaian pasar raya terkemuka Aeon meningkatkan gaji minimum pekerja kepada RM1,500 sebulan berbanding RM1,200 sebelum ini, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pengarah Komunikasi Korporat Aeon Co (M) Bhd dan Aeon BiG (M) Sdn Bhd, Dr Kasuma Satria Mat Jadi, dalam kenyataan pada Selasa, berkata kenaikan gaji minimum itu membabitkan pekerja gred G dan ia merupakan gaji asas tidak termasuk elaun dan insentif lain.
"Kita bersyukur dapat melaksanakan gaji minimum baharu ini kepada pekerja gred G.
"Ia selari dengan inisiatif lestari Aeon Sayap Bagimu yang menyasarkan untuk menyediakan peluang, dorongan serta sokongan kepada pihak berkepentingan terutama mereka yang memerlukan," katanya.
Ujarnya, keputusan itu dibuat mengambil kira kepentingan serta kebajikan pekerja selain mendukung saranan kerajaan.
Untuk rekod, kenaikan gaji minimum daripada RM1,100 kepada RM1,200 dilaksanakan kerajaan pada 1 Februari dua tahun lalu semasa pembentangan Bajet 2020.
Topic Berkaitan
#kenaikan gaji
#gaji minimum
#kebajikan pekerja
#AEON
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan