awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ganti hos penyejuk CFE: Proton panggil semula 94,577 kenderaan

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
16/02/2016
06:36 MYT
Ganti hos penyejuk CFE: Proton panggil semula 94,577 kenderaan
Inisiatif panggilan balik semula ini akan bermula serta-merta dan dijangka mengambil masa enam bulan untuk diselesaikan. - Gambar fail
PROTON Holdings Berhad (Proton) akan memanggil semula 94,577 unit kenderaan yang mengalami kerosakan selepas mencapai perbatuan purata sebanyak 40,000 kilometer (km).
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abdul Harith Abdullah berkata Proton akan membelanjakan lebih RM2 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian perkhidmatan untuk menggantikan hos penyejuk CFE yang akan pecah disebabkan oleh degradasi bahan hos tersebut.
"Inisiatif panggilan balik semula ini akan bermula serta-merta dan dijangka mengambil masa enam bulan untuk diselesaikan.
"Kami akan menghubungi para pemilik dan keutamaan akan diberikan kepada kereta dengan perbatuan 40,000km dan ke atas," katanya dalam taklimat media di Pusat Kecemerlangan Proton pada Selasa.
Menurut Abdul Harith, kos untuk menggantikan hos getah berkenaan hanya bernilai RM7-8 setiap satu, namun kos buruh akan menjadi mahal.
Model yang terlibat dalam inisiatif panggilan semula ini terdiri daripada Exora, Preve dan Suprima.
Dalam pada itu Proton turut memperkenalkan kepada media model terbaru Proton Perdana yang dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini.
Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, model tersebut sudah boleh ditempah dan akan berharga antara RM100,000 hingga RM150,000.
Topic Berkaitan
#Exora
#hos penyejuk CFE
#Preve
#Proton
#Proton panggil semula kenderaan
#Suprima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan