Syarikat Penerbangan Garuda Indonesia merancang untuk menambah laluan baru dari Pulau Pinang-Medan-Jeddah mulai bulan depan menggunakan pesawat baru syarikat, Boeing 777 300 E-R.
Penolong pengurus bahagian jualan Garuda Indonesia, Sally Tan berkata syarikat akan menawarkan penerbangan sekali sehari menggunakan pesawat baharu itu yang berkapasiti lebih 300 tempat duduk.
Laluan itu adalah yang kedua bagi laluan dari Pulau Pinang selepas Garuda Indonesia melancarkan penerbangan pertama dari negeri itu ke Medan pada Sabtu lepas.
Laluan berkenaan akan beroperasi selepas lapangan terbang baharu di Medan dibuka.
Pada Sabtu lepas syarikat penerbangan itu memulakan penerbangan sulungnya dari LapanganTterbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Medan dengan penerbangan dua kali sehari menggunakan pesawat jenis Bombardier Next Gen 96 tempat duduk.
Laluan itu dibuka semula selepas 10 tahun dberhentikan.
Katanya kebanyakan rakyat Indonesia terutama di Medan, Banda Acheh dan Padang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital pakar di Pulau Pinang berikutan perkhidmatan yang lebih baik serta kos yang berpatutan.
Tan berkata laluan ke Jeddah itu akan memberi manfaat kepada jemaah di Utara Malaysia iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang ingin menunaikan umrah tanpa perlu ke Kuala Lumpur.
Jemaah akan terbang ke Medan dan terus ke Mekah.
Selain dapat menjimatkan masa jemaah ke Mekah ia juga mengurangkan kos perbelanjaan kerana harga yang tawarkan relevan berbanding penerbangan menerusi Kuala Lumpur.
Garuda Indonesia akan beroperasi dengan 194 buah pesawat menjelang 2015 dan ketika ini syarikat penerbangan itu mempunyai 112 buahn pesawat.
Selain itu, Garuda Indonesia bakal menawarkan laluan baharu antaranya dari Kuala Lumpur ke Bali pada September ini.
Mulai 1 hingga 7 Jun 2013, Garuda Indonesia menawarkan promosi dari Pulau Pinang ke Medan pada RM75 untuk perjalanan dua hala.
Astro Awani
Mon Jun 03 2013


COVID-19 | Norma baharu diteruskan walaupun sudah divaksin
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun sudah menerima vaksin. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara ini penting bagi mengelak jangkitan baharu.

Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah
Tindakan seorang warden asrama mengasingkan pelajar-pelajar bergejala, berjaya menghalang berlakunya penularan COVID-19, apabila mereka akhirnya disahkan positif.

Kenyataan bersama PH | Polis ambil keterangan Anwar Ibrahim
Polis merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan terhadap kenyataan bersama yang dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan, pada bulan lalu.

Rempuh Kenderaan | Pemandu rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu
Seorang pemandu kereta Proton Waja yang merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, di sini sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tambakan, berjaya diberkas.

10 Berita Pilihan - (26 Februari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KDN perkukuh kerjasama dengan KKMM cegah penularan berita palsu vaksin
Kerjasama itu adalah dalam menangani isu penyebaran berita palsu terutama berkaitan vaksin COVID-19.
![[INFOGRAFIK] Statistik kecenderungan perniagaan (suku pertama 2021) [INFOGRAFIK] Statistik kecenderungan perniagaan (suku pertama 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892725/8967789641614354503426_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik kecenderungan perniagaan (suku pertama 2021)

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 26 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 26 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Cuaca buruk: Dua pesawat Indonesia gagal mendarat di Pontianak
Dua buah pesawat komersial Garuda Indonesia dan Lion Air yang dalam perjalanan Jakarta ke Pontianak gagal melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio ekoran cuaca buruk.

Selepas temu bual kerusi kosong, pesawat pakai 'mask' pula curi tumpuan di Indonesia
Topeng muka yang lengkap bertali itu dicat sehingga bahagian tingkap penumpang pesawat, selain menunjukkan seolah-olah talinya ditiup angin.

Kekecohan penonton Malaysia dan Indonesia, FAM tunggu arahan FIFA
FAM tidak membuat sebarang tindakan buat masa ini memandangkan pegawai FIFA turut berada di stadium dan melihat insiden yang berlaku pada hari perlawanan tersebut.

Ayuh sokong Harimau Malaya!
Malaysia kini menduduki tangga keempat Kumpulan G dengan kutipan enam mata, manakala Indonesia gagal meraih sebarang mata.

Lion Air ikut jejak Garuda, 'larang' penumpang bergambar dalam kabin pesawat
Garuda Indonesia mengeluarkan larangan bagi membuat sebarang rakaman sewaktu di dalam kabin, dan Lion Air ikut jejak langkah tersebut.

'Pelanggan hilang keyakinan' - Garuda batal tempahan pesawat Boeing 737 Max 8
Garuda Indonesia mahu batal pesanan pesawat Boeing 737 Max kerana pelanggan sudah hilang keyakinan dengan tahap keselamatan pesawat itu.

Jasad dua mangsa gempa bumi Lombok tiba di KLIA
Dua mangsa yang terkorban, Datin Tai Siew Kim dan Lim Sai Wah, dibawa pulang menggunakan pesawat Garuda Indonesia GA816 diiringi ahli keluarga.

Tunang 'ghaib' bersama serpihan pesawat Lion Air, wanita teruskan perkahwinan
Seorang wanita Indonesia yang telah kehilangan tunangnya bulan lepas dalam nahas pesawat Lion Air JT-610 tetap meneruskannya 'perkahwinannya' bersendirian demi memenuhi hasrat terakhir pasangannya.

Padah gurau bawa bom naik pesawat
Seorang penumpang Garuda Indonesia dipaksa keluar dari penerbangan Timika ke Denpasar, selepas beliau bergurau begnya mengandungi 'bom'.

Garuda Indonesia buka laluan baharu P.Pinang-Medan-Jeddah
Syarikat Penerbangan Garuda Indonesia merancang untuk menambah laluan baru dari Pulau Pinang-Medan-Jeddah mulai bulan depan menggunakan pesawat baru syarikat, Boeing 777 300 E-R.