KUALA LUMPUR: Dalam mengejar matlamatnya untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, Graduates’ Choice Award (GCA) 2024 anjuran Talentbank teguh berdiri sebagai sumber utama buat graduan dan individu yang ingin mencari kerja dalam mendapatkan syarikat yang diingini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho, GCA 2024 telah mencatatkan 464,220 undian terkumpul daripada pelajar universiti di seluruh negara, dan secara tidak langsung telah memecahkan rekod sejak penubuhannya pada 2018.
Edisi keenam tahun ini mempamerkan saingan yang amat kompetitif di antara 2,500 syarikat dalam lebih 90 kategori yang dipertandingkan.
Antara pemenang utama yang telah mengekalkan gelaran juara selama lima tahun berturut-turut adalah AIA Shared Services, Johnson & Johnson, PETRONAS, Sunway University, Top Glove, dan UNIQLO. Sementara itu, Maybank, EY, Maxis, AIA Bhd, Touch 'n Go, Nestlé, dan Intel turut terus mengekalkan kedudukan teratas dalam kategori masing-masing.
25 syarikat teratas mempamerkan kecemerlangan dalam pengambilan graduan untuk bekerja dan mewujudkan penanda aras untuk diikuti oleh syarikat lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho.
Sementara itu, Maybank, EY, Maxis, AIA Bhd, Touch 'n Go, Nestlé, dan Intel terus mengekalkan kedudukan teratas dalam kategori masing-masing.
Senarai penuh Majikan Graduan Paling Menjadi Pilihan tahun ini, klik pautan ini https://www.graduateschoiceaward.com/winners-2024.
Tinjauan GCA 2023 mendedahkan bahawa terdapat peningkatan ketara terhadap permintaan gaji para graduan iaitu di antara RM3,000 ke RM3,500 dan graduan lebih cenderung untuk menggunakan pameran kerjaya atau ‘job fairs’ sebagai platform mencari pekerjaan.
Selain itu, gaya kerja yang fleksibel serta peluang latihan bagi perkembangan kerjaya juga menjadi pilihan buat graduan masa kini.
Namun para majikan juga mempunyai tuntutan mereka tersendiri bagi menjamin tenaga kerja yang diambil benar-benar layak diberikan bayaran sedemikian.
Untuk tahun ini, majikan meletakkan ketersediaan graduan baharu untuk melangkah ke alam pekerjaan pada skala 5 daripada 10 iaitu turun satu skala berbanding tahun lepas.
Justeru, pihak universiti perlu lebih aktif mendekati para pelajar, dengan proses meneroka cara alternatif persediaan pelajar bagi pasaran kerja.
Antara kemahiran kritikal yang dicari oleh majikan termasuk sikap positif, mahir berkomunikasi, dan mampu bekerja dalam pasukan menandakan peralihan dalam strategi pengambilan melangkaui prestasi akademik.
Perkara tersebut dapat dilihat melalui peningkatan sebanyak sembilan peratus jumlah graduan yang hadir menjadikan nilai keseluruhan sebanyak 41 peratus.
Memandangkan tenaga kerja Malaysia mengalami anjakan transformatif, GCA menghubungkan majikan dengan tuntutan graduan semasa merintasi 90 industri, berdiri sebagai peneraju dalam membentuk masa depan negara.
Liputan luas ini juga memastikan graduan daripada latar belakang dan minat yang pelbagai dapat membuat pilihan karier yang sesuai.
Undian GCA 2025 telah bermula dan undian akan ditutup sebelum 30 Jun 2024. Semua graduan dijemput untuk menyertai undian GCA 2025 di www.graduateschoiceaward.com/vote/ dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti Apple MacBook Air atau Apple iPhone 15.
Maklumat lanjut mengenai GCA, boleh layari www.graduateschoiceaward.com dan www.talentbankgroup.com untuk info tentang Talentbank.
Astro Awani
Wed Feb 28 2024
Graduates’ Choice Award (GCA) 2024 anjuran Talentbank teguh berdiri sebagai sumber utama buat graduan dan individu yang ingin mencari kerja dalam mendapatkan syarikat yang mereka ingini. –Gambar Talentbank
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (07 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
GCA 2024 kekal menjadi sumber paling penting buat graduan dan majikan
Graduates Choice Award (GCA) 2024 anjuran Talentbank teguh berdiri sebagai sumber utama buat graduan dan individu yang ingin mencari kerja dalam mendapatkan syarikat yang diingini.