KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantaunya Brian D. McFeeters hari ini.
Dalam pertemuan itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kedua-dua pihak telah bertukar pandangan dalam perkara berkaitan dasar dan peraturan bagi beberapa sektor serta potensi penambahan pelaburan oleh syarikat AS.
"Saya turut singgung (menyentuh) peranan yang akan dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi Asean pada tahun hadapan," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau berkata kunjungan hormat itu turut disertai oleh delegasi yang terdiri daripada wakil 20 syarikat multinasional AS.
Hadir sama ialah Duta Besar AS di Malaysia Edgard Kagan dan Duta Besar AS bagi Asean Yohannes A. Abraham.
"Semoga hubungan baik dan kerjasama erat dengan syarikat-syarikat multinasional seperti daripada AS ini bertindak sebagai penyumbang kepada usaha kerajaan untuk mencapai matlamat Ekonomi MADANI," katanya.
Menurut Anwar, Majlis Perniagaan AS-Asean adalah sebuah organisasi perdagangan yang berfungsi sebagai kumpulan advokasi utama bagi perniagaan AS yang beroperasi dalam rantau Asean.
Peranan utamanya adalah untuk memupuk kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara AS dan negara anggota Asean termasuk Malaysia, dan memudahkan dialog antara kerajaan dan perniagaan untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan menggalakkan persefahaman bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantaunya Brian D. McFeeters hari ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.
Kerajaan MADANI berada pada landasan betul dengan dasar yang jelas - TPM
Kerajaan MADANI berada pada landasan yang betul dalam mentadbir negara dengan dasar yang jelas, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
PM Anwar hargai usaha, semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa.
PM sifatkan pemimpin guna sentimen perkauman sebagai golongan dangkal
Perdana Menteri berkata golongan ini turut mencerminkan sikap mereka yang berfikiran sempit dan berniat untuk menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Gencatan senjata di selatan Lubnan elak lebih banyak keganasan, serangan - PM Anwar
Perjanjian gencatan senjata di Selatan Lubnan yang berkuat kuasa semalam akan mengelakkan lebih banyak keganasan dan serangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia berpeluang perluas keyakinan pelabur untuk terus pilih ASEAN - PM Anwar
Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Anwar berkata negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkaya landskap muzik tanah air.