awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GM Korea henti sementara pengeluaran akibat kekurangan alat ganti

Bernama
Bernama
12/02/2020
05:07 MYT
GM Korea henti sementara pengeluaran akibat kekurangan alat ganti
GM Korea mempunyai tiga kilang - dua di Incheon dan satu di Changwon. Kapasiti keluaran ketiga-tiga kilang berkenaan sekitar 600,000 unit. - Gambar fail
GM Korea Co, syarikat subsidiari General Motors Co. Korea Selatan, berkata syarikat menggantung sementara pengeluaran satu daripada tiga kilang pemasangan kereta ekoran kekurangan alat ganti dari China, lapor agensi berita Yonhap.
Kilang utamanya di Bupyeong, Incheon, di barat Seoul, ditutup pada 17 dan 18 Feb kerana kekurangan peralatan termasuk wayar kabel abah-abah, yang merupakan komponen utama bagi pelbagai model kenderaan, kata pegawai syarikat.
Langkah itu menyebabkan pengeluaran kenderaan utiliti sukan Trailblazer, model utama jenama Chevrolet mengalami gangguan.
GM Korea mempunyai tiga kilang - dua di Incheon dan satu di Changwon. Kapasiti keluaran ketiga-tiga kilang berkenaan sekitar 600,000 unit. Pada 2018, syarikat itu menutup kilang di Gunsan disebabkan kadar penggunaan yang rendah.
Kekurangan bekalan itu akibat langkah pihak berkuasa China menggesa syarikat pengeluar menghentikan operasi sehingga 9 Feb, seminggu selepas berakhirnya cuti Tahun Baru Cina, untuk menyekat penularan wabak novel koronavirus.
Virus itu telah meragut lebih 1,100 nyawa di China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alat ganti
#Bupyeong
#China
#coronavirus
#GM Korea
#Incheon
#kereta
#kilang
#Korea Selatan
#koronavirus
#Seoul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan