Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Tahanan rumah: Kediaman Najib di Langgak Duta kekal tenang

Sehingga kira-kira jam 2 petang (Rabu), tiada kelibat pihak berkepentingan atau pergerakan kenderaan yang ketara dilihat di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, ibu negara. - Foto Astro AWANI
Sehingga kira-kira jam 2 petang (Rabu), tiada kelibat pihak berkepentingan atau pergerakan kenderaan yang ketara dilihat di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, ibu negara. - Foto Astro AWANI

Ringkasan AI

  • Kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta kekal tenang selepas pelaksanaan hukuman tahanan di rumah bermula malam tadi.
  • Media berkumpul sejak jam 8 pagi namun tiada pergerakan ketara atau kehadiran pihak berkepentingan dilihat sehingga jam 2 petang.
  • Najib tiba di kediaman dengan kawalan ketat pada jam 9.30 malam, diiringi konvoi Jabatan Penjara Malaysia dan PDRM dari Penjara Kajang.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, kekal tenang selepas hampir tujuh jam pengamal media berkumpul bagi meninjau perkembangan terkini.

Pengamal media mula berkumpul seawal jam 8 pagi tadi di hadapan kediaman berkenaan bagi membuat liputan susulan pelaksanaan hukuman tahanan di rumah yang bermula malam tadi.

Bagaimanapun, sehingga kira-kira jam 2 petang, tiada kelibat pihak berkepentingan atau pergerakan kenderaan yang ketara dilihat di kediaman itu.

Advertisement

Hanya anggota polis bantuan dilihat berada di sekitar kawasan berkenaan bagi mengawal keadaan dan memastikan keselamatan di lokasi.

Pada Selasa, Najib tiba di kediaman peribadinya itu tepat jam 9.30 malam bagi memulakan pelaksanaan hukuman tahanan di rumah.

Advertisement

Kenderaan yang membawa beliau tiba dengan kawalan ketat diiringi konvoi kenderaan rasmi Jabatan Penjara Malaysia serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), terus dari Penjara Kajang, selepas proses dokumentasi pelepasan diselesaikan pada petang hari sama.

Sementara itu, perkembangan berkaitan kepimpinan kerajaan turut menjadi perhatian selepas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Perkembangan lanjut mengenai keadaan di kediaman Najib dijangka terus menjadi tumpuan, khususnya berhubung sebarang pergerakan atau kehadiran pihak berkepentingan di lokasi berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement