awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan pertengahan bantu ekonomi Islam

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2012
07:40 MYT
Golongan pertengahan bantu ekonomi Islam
Ekonomi Islam di seluruh dunia perlu memanfaatkan kelebihan yang disumbang oleh peningkatan golongan kelas pertengahan bagi mengukuhkan ekonomi negara.
Menurut pengerusi Forum Institusi Rasmi Monetari dan Kewangan (OMFIF) United Kingdom, David Marsh peningkatan saiz golongan kelas pertengahan akan membantu meningkatkan kuasa beli pengguna negara berkenaan.
Jelas Marsh, kebanyakan ekonomi Islam dunia mula menyaksikan peralihan penduduknya daripada sebuah warga yang berjimat cermat kepada warga pengguna.
“Trend ini sekaligus akan meningkatkan permintaan pembeli dan seterusnya menyokong ekonomi negara,” kata beliau.
Tambah Marsh, di dalam mencapai status negara Islam maju, pemimpin perlu memastikan tadbir urus ekonomi adalah kukuh, dinamik dan konstruktif.
Beliau memberitahu, ini termasuk menjalankan reformasi berstruktur dari pelbagai sudut.
“Negara-negara berkenaan perlu melakukan penstrukturan pesara... reformasi berstruktur juga diperlukan supaya mereka boleh merasai manfaat menjadi sebuah ekonomi dinamik,” kata Marsh.
Tambah beliau lagi, pada masa yang sama negara-negara Islam juga boleh mewujudkan mekanisme sokongan dalaman melalui pengamalan keterbukaan ekonomi sesama sendiri.
Marsh ditemui ketika menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia ke 8 yang diadakan di Johor Bahru.
Topic Berkaitan
#David Marsh
#Institusi Rasmi Monetari dan Kewangan
#OMFIF
#WIEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan