Goodday Charge gabung 5 siri premium Astro Originals.. ‘Memang ada yang hebat, hingga munculnya yang terhebat’

Barisan pelakon lima siri premium Astro Originals 2025 iaitu One Cent Thief, First Wives, Honey Trap, Generasi: Perfect 10 dan Bad Cop bersama wakil Astro Shaw dan Etika.
PUTRAJAYA: Goodday Charge mengambil pendekatan pemasaran yang berbeza dengan memanfaatkan penceritaan kandungan tempatan menerusi kolaborasi strategik bersama Astro Originals.
Penggabungan lima siri premium ini untuk menyampaikan mesej “Memang ada yang hebat, hingga munculnya yang terhebat” secara lebih mendalam dan relevan kepada penonton.
Menerusi video sinematik eksklusif bertajuk ‘Yang Terhebat’, ia menonjolkan sebuah jenama produk tenusu mengintegrasi manfaat fungsinya iaitu tenaga, fokus dan kekuatan mental ke dalam penceritaan yang mencerminkan cabaran serta ketekunan individu.
Ini sekali gus memposisikan Goodday Charge sebagai sokongan dalam perjalanan dari hebat ke terhebat, selari dengan peranannya sebagai sokongan tenaga untuk membantu individu kekal Charged Up sepanjang cabaran.

Pemenang cabaran Reunion Charge Terhebat menerima hadiah wang tunai RM8,000, disaksikan barisan pelakon daripada lima siri premium Astro Originals yang terlibat dalam kolaborasi kempen Goodday Charge.
Menerusi kolaborasi ini, Goodday Charge menghimpunkan lima siri premium Astro Originals 2025 iaitu One Cent Thief, First Wives, Honey Trap, Generasi: Perfect 10 dan Bad Cop.
Berkongsi pengalaman menjadi anak seni ‘Yang Terhebat’, Aiman Hakim Ridza yang pertama kali memegang dua watak berbeza sebagai protagonis dan antagonis dalam Bad Cop menceritakan cabaran yang ditempuh.
“Bagi saya, ia adalah satu penanda aras dan evolusi untuk kandungan tempatan, ini menunjukkan kandungan Astro Originals kepada penonton tempatan bahawa memang ada yang terhebat dan akan ada yang terhebat, itu sudah pasti.
“Pengalaman saya sepanjang melakukan pengambaran, sangat berat dan mencabar tetapi mesejnya sangat sampai iaitu untuk jadi yang terhebat, anda kena berusaha paling gigih sehingga mencapai had paling maksima,” katanya kepada Astro AWANI.
Sebagai kesinambungan kepada penceritaan di skrin, mesej kempen ini diterjemahkan ke dunia sebenar menerusi acara Reunion Charge Terhebat di Alamanda Putrajaya pada Sabtu lalu dengan menghimpunkan barisan pelakon daripada lima siri Astro Originals.

Pengunjung memeriahkan acara Reunion Charge Terhebat di Alamanda Putrajaya, yang menterjemahkan mesej kempen “Memang ada yang hebat, hingga munculnya yang terhebat” ke dunia sebenar melalui pelbagai aktiviti interaktif.
Acara ini menampilkan pelbagai cabaran fizikal dan mental berkonsep Hebat vs Terhebat, yang menggambarkan bukan semua yang hebat akan muncul sebagai pemenang, sebaliknya, yang terhebat adalah mereka yang kekal fokus, berdaya tahan dan bertekad hingga ke akhir.
Cabaran ini turut menjadi platform pencarian individu yang melambangkan semangat ‘Yang Terhebat’, dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM10,000.
Mengulas mengenai kolaborasi ini, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, Goodday Charge dicipta untuk membantu lebih ramai pejuang terus melangkah ke hadapan, berbekalkan inspirasi daripada cerita-cerita tempatan.
“Di Etika, kami sentiasa percaya pada kekuatan cerita tempatan dalam memberi inspirasi dan mendekatkan rakyat Malaysia. Kerjasama kami bersama Astro Shaw menerusi Siri Premium Astro Originals membolehkan kepercayaan ini diterjemahkan dengan visi yang mencerminkan Goodday Charge iaitu bukan sekadar sebuah produk, tetapi sebagai susu coklat diperkaya dengan nutrien penting yang direka untuk membekalkan tenaga berterusan bagi menyokong ketahanan, fokus dan keazaman.
“Ini mengingatkan kita bahawa walaupun ramai yang hebat, hanya mereka yang terus berusaha dan melangkaui batas akan menjadi benar-benar terhebat,” ujarnya.
Selepas acara tersebut, semangat diteruskan secara digital menerusi Goodday Charge AI Content Creator Contest, yang mengajak orang ramai menghasilkan kandungan kreatif berasaskan tenaga, fokus dan keyakinan diri, dengan tawaran hadiah sehingga RM10,000.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


