BUSINESS
Grab ambil alih syarikat penghantaran makanan di Kemboja

Grab mengumumkan pengambilalihan Nham24 di Kemboja, mengukuhkan kedudukan Grab di pasaran tersebut. -Amanz
GRAB mengumumkan pengambilalihan Nham24 di Kemboja, iaitu sebuah syarikat penghantaran makanan dan barangan – lebih kurang sama seperti yang ditawarkan oleh Grab.
Ringkasan AI
- GRAB mengumumkan pengambilalihan Nham24 di Kemboja, mengukuhkan kedudukan Grab di pasaran tersebut.
- Grab akan meningkatkan pelaburan dan menyokong pertumbuhan ekonomi digital di Kemboja.
- Kedua-dua aplikasi Grab dan Nham24 akan terus beroperasi seperti biasa, dengan maklumat lanjut mengenai peralihan akan diberitahu kelak.
Grab turut mengatakan bakal meningkatkan pelaburan di pasaran Kemboja serta menyokong pertumbuhan ekonomi digital di sana.
Buat masa ini, kedua-dua aplikasi Grab dan Nham24 akan terus beroperasi seperti biasa, dan pengguna boleh membuat tempahan menggunakan kedua-duanya.
Grab mengatakan akan berhubung dengan para peniaga dan penghantar apabila maklumat lanjut berkenaan peralihan tersedia kelak. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami