Bersempena Minggu Orang Pekak Antarabangsa 2019 yang berlangsung pada 23 hingga 30 September ini, syarikat e-hailing, Grab mengembangkan program ‘Break The Silence’ ke negara-negara Indonesia dan Singapura.
Grab berhasrat untuk meningkatkan jumlah para pemandu berkelainan upaya seperti bisu, pekak ataupun lumpuh kepada 1,000 orang.
Untuk itu, Grab akan bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia, GERKATIN di Indonesia, Persatuan Orang Pekak Singapura (Singapore Association of the Deaf) dan Persatuan Kebangsaan Orang Pekak Singapura (National Association of the Deaf Thailand).
‘Break The Silence’ sudah mula diperkenalkan di Malaysia dan Thailand sejak 2018, dan telah menghasilkan seramai 500 pemandu dengan kelainan upaya ini di platform itu.
Di Malaysia, program yang memberi sinar harapan kepada golongan kelainan upaya ini kini ditambah baik.
Salah satunya ialah kamus bahasa isyarat, ‘The Sign Language Dictionary’, untuk memudahkan para pengguna Grab untuk berkomunikasi dengan pemandu-pemandu ini.
Dalam pada itu, para pemandu Grab juga akan diberi latihan untuk membantu para pelanggan yang mempunyai kelainan upaya juga.
Berdasarkan kepada maklum balas rakan pemandu ini juga, Grab telah menjalani beberapa inisiatif bagi memenuhi keperluan mereka, antaranya ialah:
- Notifikasi mesej untuk memberi amaran kepada penumpang dan pelanggan bahawa mereka telah dipasangkan dengan pemandu pekak, dan mencadangkan mereka untuk menggunakan ‘GrabChat’ untuk berkomunikasi.
- Fungsi ‘live chat’ khas untuk pemandu pekak mendapatkan sokongan daripada pelanggan apabila mereka memerlukannya.
- Kad ‘flip’ bagi memudahkan urusan komunikasi di dalam kereta untuk memudahkan komunikasi bukan lisan yang lebih baik antara rakan kongsi dan penumpang, untuk memenuhi permintaan seperti arah jalan, pendingin hawa atau pembayaran tol.
- Latihan yang lebih dipertingkatkan dan bahan untuk memudahkan urusan bahasa isyarat untuk memastikan pendaftaran yang lebih lancar untuk rakan kongsi pekak.
- Beberapa kempen untuk mempromosikan komunikasi dan kesedaran yang lebih baik antara rakan kongsi dan penumpang, serta untuk meningkatkan keyakinan pemandu pekak untuk melakukan tugas mereka.
Menurut pengasas bersama Grab, Tan Hooi Ling, menjadi satu cabaran di mana golongan kelainan upaya untuk mencari peluang pekerjaan.
Walau bagaimanapun, sejak ia diperkenalkan, hampir seramai 800 golongan kelainan upaya telah menjana pendapatan menerusi platform Grab.
Faris Danial Razi
Fri Sep 27 2019
Break The Silence sudah mula diperkenalkan di Malaysia dan Thailand sejak 2018, dan telah menghasilkan seramai 500 pemandu dengan kelainan upaya ini di platform itu. - Astro AWANI/ Faris Danial
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
BTS bakal tampil dalam dokumentari terbaharu, 'Break The Silence'
Selepas kejayaan keluaran album terbaharu yang memecah rekod jualan, kumpulan K-pop terkemuka BTS dilaporkan akan melancarkan siri dokumentari terbaharu.
Grab berhasrat meningkatkan jumlah pemandu istimewa kepada 1,000 orang
Grab berhasrat untuk meningkatkan jumlah para pemandu berkelainan upaya seperti bisu, pekak ataupun lumpuh kepada 1,000 orang.