Grab, syarikat perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) utama di Malaysia dan Asia Tenggara, mendapat lesen e-wang bagi perkhidmatan pembayaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Pengarah Urusan GrabPay Jason Thompson berkata dengan lesen berkenaan, syarikat kini menghubungkan perkhidmatan ke kedai dan restoran yang membolehkan pelanggan mendapat manfaat daripada perkhidmatan tanpa tunai.
"GrabPay diadakan bagi membantu pelanggan dan peniaga di ekonomi pesat membangun untuk beralih kepada tanpa tunai dan tanpa kad.
"GrabPay kini boleh digunakan di rakan kerjasama kami," kata Thompson kepada Bernama di luar Forum dan Pameran Sistem Pembayaran 2017 di sini hari ini.
GrabPay merupakan sistem pembayaran mudah alih Grab.
Thompson, yang enggan menamakan rakan kerjasama syarikat, menambah bahawa Grab mendapat kelulusan itu daripada BNM dua minggu lalu.
Sementara itu, beliau berkata satu lagi usaha yang diambil oleh Grab untuk menggalakkan pengguna menggunakan pembayaran tanpa tunai ialah dengan menambah mata yang diberikan kepada mereka berbanding mereka yang menggunakan wang tunai.
"Ramai rakyat Malaysia berpendapat menggunakan wang tunai lebih murah tetapi sebenarnya ia adalah sebaliknya.
"Oleh itu, kami ingin menunjukkan bahawa dengan GrabPay, pengguna mendapat lebih banyak mata apabila menggunakan e-pembayaran berbanding tunai," katanya.
Thompson berkata ini juga seiring dengan langkah Malaysia untuk beralih menjadi ekonomi pertama digital dan bernilai tinggi.
Beliau juga mendedahkan bahawa Grab, yang mempunyai lebih daripada lapan juta pengguna dan pemandu sedia ada, mengambil serius perlindungan data pelanggan dan pemandunya.
"Memandangkan kami mempunyai sistem pembayaran sendiri, terdapat peraturan yang perlu kami patuhi. Kami mempunyai perlindungan data dalaman yang ketat kerana kami menyimpan berjuta-juta data, "katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2017
Pengarah Urusan GrabPay Jason Thompson menunjukkan QR Code yang menghubungkan aplikasi dengan restoran dan kedai yang berkerjasama dengan GrabPay. - Foto BERNAMA
Pengwujudan dua negara berdaulat satu penyelesaian
Perdana Menteri Jordan, Bisher Hani Al Khaswneh berkata Israel terus melakukan kesilapan dengan menyerang gaza dan berharap untuk mendapat hasil yang berbeza. Beliau turut berkata pengwujudan dua negara berdaulat adalah satu penyelesaian asas yang enggan difahami dan diterima Israel.
PETRONAS dagangan jual 16 bilion liter bahan api, perolehan RM37.55 bilion
Ini laporam yangh baharu kami terima.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
Hukuman gantung lelaki bunuh, tidur bersama mayat rakan, diganti penjara 30 tahun
Ini laporan yang baharu kami terima.
Seorang pekerja rencam yang didapati bersalah membunuh rakannya dan tidur bersama mayat mangsa selama empat hari terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki itu dengan penjara 30 tahun.
Seorang pekerja rencam yang didapati bersalah membunuh rakannya dan tidur bersama mayat mangsa selama empat hari terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki itu dengan penjara 30 tahun.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat
Pelaksanaan kelas terampung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
MINDEF, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan satu tabung khas ‘Tabung Tragedi Lumut 24’ bagi memudahkan warga ATM serta orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepada waris keluarga mangsa nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas.
Konflik Gaza perlukan kerjasama dunia
Ketegangan konflik Gaza jadi tumpuan hari terakhir WEF di Riyadh, Arab Saudi.
Rampasan 30 kg ganja, lebih 1 tan daun ketum
Polis Perlis menumpaskan kegiatan penyeludupan ganja dan daun ketum dengan merampas 30kg ketulan mampat dadah jenis ganja bernilai RM93,000 dan daun ketum seberat 1.02 tan bernilai RM10,200.
LBS akhiri kempen tawar hadiah RM1.5 juta buat 1,400 pembeli
LBS mengakhiri kempen Fabulous Extra dengan hadiah RM1.5 juta terdiri daripada Perodua Axia, motosikal, set teater rumah dan basikal gunung buat 1,400 pembeli bertuah.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sokongan dana asing, institusi tempatan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata untuk ditutup kepada 1,582.66 daripada paras penutup 1,575.16 pada Jumaat.
Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP
Asia Tenggara (SEA) berpotensi menarik lebih ramai pemodal teroka apabila jurang penilaian dalam kalangan syarikat pemula niaga serantau menyatu.
Pelaburan hijau di Asia Tenggara naik 20 peratus tahun ke tahun, tahun lepas - Laporan
Pelaburan hijau di Asia Tenggara meningkat 20 peratus tahun ke tahun kepada AS$6.3 bilion (AS$1=RM4.76) pada 2023 berbanding AS$5.2 bilion pada 2022.
Konflik Israel-Hamas: Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara sokong gencatan senjata - Tinjauan
Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara percaya masyarakat antarabangsa harus menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Jepun sasar sokongan pembayaran berasaskan kod QR bersama negara Asia Tenggara
Pada hari ini, pengguna tempatan sudah boleh menggunakan DuitNow QR di beberapa negara jiran, sekaligus memudahkan lagi pembayaran ketika melancong di negara tersebut.
Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Laluan pelancongan dengan memandu suburkan ekonomi pelancongan di Asia Tenggara - Tiong
Laluan yang dicadangkan dalam kaedah ini adalah Hat Yai-Sungai Kolok-Kota Bharu-Kuala Lumpur, dan Hat Yai-Alor Setar-George Town.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara
Saudi Aramco berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.