awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat

Bernama
Bernama
15/12/2024
03:30 MYT
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul bercakap kepada media selepas hadir pada Program Larian Kebajikan dan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) hari ini. - Foto BERNAMA
SUNGAI BESAR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata ia bagi menjelaskan spekulasi yang tular antaranya membabitkan dakwaan penyertaan beliau adalah bagi menggantikan Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.
"Saya belum membuat apa-apa komen mengenai situasi politik melibatkan diri saya dan pada masa yang sama kita dah dengar kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang akan menghabiskan penggalnya.
"....pada masa yang sama ada banyak spekulasi yang bermain di luar sana dan untuk menjawab isu ini saya, insya-Allah, akan membuat kenyataan mengenai isu ini dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pada program Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di sini hari ini.
Ditanya jika spekulasi membabitkan dirinya itu akan dibincangkan pada Kongres Nasional Khas PKR di Shah Alam hari ini, Tengku Zafrul berkata beliau tidak mempunyai apa-apa maklumat berhubung perkara itu.
Semalam, Amirudin dilaporkan berkata beliau akan kekal menggalas tugas sebagai Menteri Besar Selangor sehingga akhir penggal.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam turut mengesahkan beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Tengku Zafrul untuk meninggalkan UMNO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Kenyataan
#PKR
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan