awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna nama lain selain klia2 adalah satu kesalahan - MAHB

Bernama
Bernama
21/06/2016
13:44 MYT
Guna nama lain selain klia2 adalah satu kesalahan - MAHB
Gambar fail kaunter AirAsia di klia2. AirAsia boleh menyebut klia2 sebagai LCCT2, tetapi tidak boleh meletakkannya di tiket dan papan kaunter mereka, kata MAHB. - fotoBERNAMA
Penggunaan nama lain menggantikan jenama rasmi, klia2 adalah satu kesalahan kerana menyalahi undang-undang penerbangan, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali.
Beliau berkata kempen yang dijalankan oleh syarikat tambang rendah AirAsia untuk menjenamakan klia2 sebagai LCCT2 menyalahi peraturan di bawah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Kita tidak boleh sesuka hati menamakan terminal, ia telah didaftarkan dan kerajaan yang menamakannya sebagai klia2, bukan MAHB," katanya kepada media selepas menemani 108 anak-anak asnaf di sekitar Sepang membeli-belah keperluan raya di pusat beli-belah Alamanda, di sini hari ini.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh menghalang mereka untuk menyebutnya sebagai LCCT2, itu adalah kebebasan bersuara, tetapi tidak boleh meletakkannya di tiket dan papan kaunter mereka," katanya.
Mengenai rungutan kerosakan yang terdapat pada landasan dan kebocoran di klia2, Badlisham mengakui masih menghadapi masalah itu sehingga ke hari ini.
"Tetapi jika dibandingkan pada masa-masa lalu, kerosakan itu semakin berkurangan dan kami masih melakukan kerja pemulihan secara berterusan," katanya.
Mengenai pelan pembangunan klia2, katanya pembinaannya dibuat hasil daripada perbincangan bersama pihak berkepentingan termasuk AirAsia sama seperti pembinaan Terminal Penerbangan Tambah Rendah (LCCT) dahulu.
"Lapangan Changi, Singapura dan Don Muaeng, Bangkok juga mempunyai terminal tambang murah, tetapi mereka tidak panggil terminal tambang murah. Mereka gelar terminal 1, 2 dan 3," katanya.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#KLIA2
#LCCT
#MAHB
#Malaysia Airports
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan