KUALA LUMPUR: Haily Group Berhad (Haily) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Haily Construction Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM41.28 juta daripada DP Architects Sdn Bhd bagi pihak Country View Resources Sdn. Bhd.
Country View Resources Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh Country View Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad.
Haily dalam satu kenyataan memaklumkan, ia menerima surat tawaran tersebut hari ini membabitkan pembinaan vila resort eksklusif di Iskandar Puteri, Johor dan menandakan kontrak terbesar yang dimenangi Haily sejak penyenaraian di Pasaran ACE pada Julai tahun lepas.
"Pembinaan merangkumi Fasa 1 Pembangunan Strata Resort Pelancongan yang terletak di Aurora Sentral, Pulai, Johor dan di bawah kontrak itu, Haily diamanahkan membina 121 unit Vila Link dua tingkat, satu unit pencawang TNB dan satu unit ruang sampah.
"Tempoh keseluruhan projek ialah 18 bulan dan kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada 28 Januari ini dan siap pada 28 Julai 2023," menurut kenyataan tersebut.
Pengarah Eksekutif Kumpulan Haily, See Tin Hai berkata, cabaran dalam keseluruhan ekonomi dan industri pembinaan tidak menghalang pertumbuhan mereka.
"Dalam tempoh lima bulan lalu, kami berjaya memperoleh tujuh kontrak, termasuk daripada syarikat tersenarai terkenal seperti IOI Properties Group Berhad, Mah Sing Group Berhad dan Country View Berhad. Ini adalah rekod prestasi yang terbukti dan keupayaan menyampaikan kerja pembinaan berkualiti mengikut keperluan pelanggan kami.
"Ketika pandemik COVID-19, kami optimistik secara berhati-hati terhadap prospek industri pembinaan, memandangkan jangkaan pemulihan ekonomi keseluruhan tahun ini. Kami akan kekal memberi tumpuan kepada pembinaan bangunan kediaman, sambil berkembang ke pembinaan bangunan perindustrian," katanya.
Beliau berkata, strategi jangka sederhana Haily, termasuk tumpuan lebih besar kepada kecekapan terasnya dalam landskap pembinaan bangunan Johor serta mengembangkan ke Johor Bahru dan daerah Kulai ke daerah lain.
"Di samping itu, kami menyasarkan untuk mempercepatkan pertumbuhan produktivitidan meningkatkan kecekapan operasi melalui pembelian jentera pembinaan baharu serta pengurusan kontrak dan perisian perakaunan," katanya.
Haily positif bahawa kontrak untuk Fasa 1 Pembangunan Strata Resort Pelancongan yang terletak di Aurora Sentral, Pulai, Johor, akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh projek.
Kontrak terbaharu ini susulan kejayaan Haily memperoleh pelbagai tender untuk projek pembinaan berjumlah lebih RM100 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2021. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Jan 25 2022

Haily Construction meraih kontrak bernilai RM41.28 juta daripada DP Architects Sdn Bhd bagi pihak Country View Resources Sdn Bhd. - Foto Dagang News

Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Kemuncak Lebaran | Dentuman meriam gergasi karbit halau pontianak
Di Kampung Melayu, Kota Pontianak, sambutan lebaran di sana mencapai kemuncak pada hari ketujuh dengan acara tembakan meriam gergasi karbit dan acara hiburan Halal Bihalal.

Komoditi | Produk lada Sarawak tembusi pasaran Kanada
Peluang memasarkan produk komoditi dari Sarawak ke pasaran antarabangsa tidak disia-siakan pengasas produk Lada Hitam Nang Ori. Menerusi pameran Halal Expo 2022 di Toronto, Kanada baru-baru ini. Awaeng Kwasin bijak menggunakan platform berkenaan bagi mempromosikan produk ladanya sebagai langkah pertama menembusi pasaran di sana.

Hari Guru 2022 | ISKUL pastikan anak tanpa negara terima pendidikan
Kanak-kanak tanpa warganegara atau 'stateless' memerlukan akses pendidikan yang sewajarnya. Tidak mahu golongan ini terus tercicir, Yayasan Hasanah sebuah Yayasan Khazanah Nasional menganjurkan Program Pendidikan Alternatif Iskul Sama Dilaut (ISKUL) di Pulau Omadal, Semporna.

Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi di Hanoi
Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini.

Elaun Sara Hidup | LKIM salur RM2.3 juta untuk bantu nelayan Beluran
RM2.3 juta dana bagi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) disalurkan bagi membantu nelayan di Beluran. Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusuf Othman, elaun RM300 akan disalurkan secara bulanan kepada 716 nelayan di daerah berkenaan.

Lemas | Dua beradik hilang ketika mandi sungai
Aktiviti riadah 14 sekeluarga bertukar tragedi apabila dua beradik dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di Sungai Rayu, Matang, pada Isnin. Insiden berlaku sekitar jam 3 petang, ketika orang ramai sedang beriadah sempena cuti Wesak.

PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi
Pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU.

Suami maut, isteri cedera parah kemalangan
Hasrat sepasang suami isteri untuk menunaikan ibadah umrah pada November ini, tidak kesampaian selepas terlibat dalam nahas motosikal.

Cadangan jalan pintas kurangkan risiko kemalangan maut di Terowong Menora
Berdasarkan cadangan, jalan pintas sepanjang 64 kilometer itu bermula dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh dan berakhir di Kuala Kangsar.

Haily raih kontrak RM41.28 juta bina vila, resort eksklusif di Iskandar Puteri
Pembinaan merangkumi Fasa 1 Pembangunan Strata Resort Pelancongan yang terletak di Aurora Sentral, Pulai, Johor.

Haily Group terima Surat Anugerah bernilai RM23.7 juta bagi projek pembinaan di Johor
Sebelum ini, ia telah memperoleh kontrak bernilai RM24.5 juta untuk pembinaan dan penyiapan projek kediaman teres di Plentong.