awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca ekstrem boleh berlaku dari semasa ke semasa - MetMalaysia
Had tempoh jawatan PM: Perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, kesediaan parti politik - Penganalisis
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji umum Belanjawan Sabah 2022, babitkan peruntukan RM4.596 bilion

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
03/12/2021
10:46 MYT
Hajiji umum Belanjawan Sabah 2022, babitkan peruntukan RM4.596 bilion
Bertemakan 'Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera', belanjawan dirangka berteraskan aspirasi dan komitmen memulihkan ekonomi yang terkesan daripada pandemik COVID-19. - Jabatan Penerangan Sabah
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor membentangkan Belanjawan Sabah 2022 yang membabitkan peruntukan RM4.596 bilion semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.
Bertemakan 'Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera', ia dirangka berteraskan aspirasi dan komitmen memulihkan ekonomi yang terkesan daripada pandemik COVID-19 dan meningkatkan kesejahteraan rakyat sekali gus menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Jelas beliau, dua teras yang diberi fokus dalam belanjawan tersebut, iaitu pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat, telah diamanahkan kepada beberapa kementerian dan agensi.
"Antaranya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) telah diperuntukkan sebanyak RM127.06 juta untuk Program Pembudayaan dan Pengadaptasian Sains, Teknologi dan Inovasi.
"Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) diperuntukkan sebanyak RM23.87 juta untuk tujuan pengendalian kursus dan latihan kemahiran dalam bidang teknologi, teknikal dan perdagangan.
"Ini termasuk Program Pembangunan Sabah Talent and Entreprenuership (STEP) bagi membantu belia dan beliawanis yang telah kehilangan punca pendapatan. Selain itu, beberapa projek akan dilaksanakan untuk meningkatkan prasarana pusat latihan sedia ada dan kajian kemungkinan pembinaan lima kampus satelit JPSM," katanya.
Tambahnya, Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) juga akan menganjurkan pelbagai latihan berkonsepkan keusahawanan berteraskan inovasi bagi memastikan bakat modal insan di Sabah terus digilap untuk memenuhi kehendak industri semasa.
"Seiring Revolusi Industri 4.0, Kerajaan Negeri meletakkan keutamaan untuk memastikan agar perkembangannya dapat diadaptasi dalam pelbagai sektor ekonomi negeri.
"Oleh itu, peruntukan sebanyak RM500,000 bagi melaksanakan Kajian Kemungkinan Pembangunan IR4.0 35 Belanjawan 2022 Sabah Maju Jaya Advancement Centre di Sabah Skills & Technology Centre (SSTC)," katanya lagi.
Hajiji berkata, kerajaan negeri akan terus komited untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT).
Sehubungan itu, beliau berkata, sebanyak RM61.8 juta diperuntukkan bagi latihan, kursus dan pembangunan ICT dan ini termasuk peruntukan di bawah KSTI sebanyak RM35.16 juta serta Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) berjumlah RM22.94 juta.
"JPKN akan terus komited dalam meningkatkan ciri-ciri keselamatan sistem aplikasi kerajaan dan memudahkan akses maklumat kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Hajiji berkata, terdapat bantuan khas setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 bagi para penjawat awam negeri di Sabah.
Beliau yang juga merangkap Menteri Kewangan Sabah, ketika membentangkan belanjawan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata kutipan hasil negeri tahun depan dianggarkan berjumlah RM4.707 bilion menjadikan belanjawan lebihan berjumlah RM110.68 juta.
Topic Berkaitan
#Belanjawan Sabah 2022
#Hajiji Noor
#penjawat awam
#bantuan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan