awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 1.6 peratus projek pelaburan diluluskan bagi 2021-Mac 2024 belum dilaksanakan - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
18/12/2024
05:40 MYT
Hanya 1.6 peratus projek pelaburan diluluskan bagi 2021-Mac 2024 belum dilaksanakan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, bagi tempoh sama sebanyak 98.4 peratus projek pelaburan sama ada telah siap, sedang dilaksanakan, atau dalam perancangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hanya 1.6 peratus daripada projek-projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga Mac 2024 masih belum dilaksanakan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menerusi hantaran di laman sosialnya pada Selasa, beliau berkata bagi tempoh sama sebanyak 98.4 peratus projek pelaburan sama ada telah siap, sedang dilaksanakan, atau dalam perancangan.
"Apabila pelaburan itu diluluskan, ia hanya menunggu masa untuk dilaksanakan. Sangat jarang-jarang (berlaku) pelaburan yang diluluskan tidak dilaksanakan.
"Pelaburan diluluskan itu bermaksud permohonan syarikat-syarikat untuk melabur di Malaysia telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)," katanya.
Dalam hantaran berbentuk informasi itu, Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa memorandum persefahaman (MoU) tidak boleh dianggap sebagai pelaburan yang diluluskan.
Ini berikutan proses meluluskan pelaburan tidak mudah dan membabitkan keperluan memenuhi aspek ditetapkan terlebih dahulu sebelum lesen pengilang dapat diberikan.
"Jika hanya sekadar menghantar MoU, permohonan itu pasti tidak akan diluluskan. Itulah sebabnya apabila ada pihak yang memperlekehkan data pelaburan diluluskan, mereka sebenarnya tidak memahami betapa rumit prosesnya.
"Banyak syarat perlu dipenuhi dan ini menunjukkan keseriusan pihak yang benar-benar mahu melabur di negara kita," katanya.
Antara perkara yang diberi keutamaan adalah permohonan syarikat menjalankan aktiviti perniagaan diluluskan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975.
"Jadi, jika syarikat mempunyai dana pemegang saham sekurang-kurangnya RM2.5 juta atau menggaji sekurang-kurangnya 75 pekerja sepenuh masa, syarikat tersebut perlu memohon lesen pengilang terlebih dahulu," katanya.
Pada masa sama, syarikat-syarikat perlu menyerahkan maklumat seperti butiran syarikat, industri, lokasi projek, produk dihasilkan, tempoh pelaksanaan projek, kos tahunan dan butiran pemegang saham kepada MIDA.
Selain itu, permohonan untuk melabur di Malaysia juga memerlukan maklumat mengenai jumlah pekerjaan yang akan diwujudkan, peratusan pekerja dalam kategori pengurusan, teknikal dan pekerja berkemahiran tinggi.
"Kita mahu mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat. Jika majoriti pekerja tidak mahir, bagaimana Malaysia hendak maju dalam jangka panjang?" katanya.
Tengku Zafrul berkata aspek penting lain adalah syarikat-syarikat yang mahu melabur di Malaysia perlu menyatakan sumber bahan mentah dan komponen digunakan dalam penghasilan utama produk atau projek masing-masing.
Menurutnya ini penting berikutan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang menggalakkan penggunaan komponen dihasilkan secara tempatan, sekali gus membantu syarikat tempatan meningkatkan hasil mereka.
"Ini dapat mewujudkan syarikat-syarikat baharu bagi memenuhi keperluan kilang-kilang ini dan membolehkan ekosistem negara kita berkembang.
"Kita juga ingin mengetahui pasaran produk mereka, sama ada untuk eksport atau kegunaan tempatan. Jika untuk eksport, pendapatan negara akan meningkat dan syarikat juga perlu menyatakan unjuran pendapatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#projek pelaburan
#Kerajaan Madani
#2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan