awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu

Bernama
Bernama
06/02/2026
22:45 MYT
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Lisa akan membintangi sebuah filem komedi romantik Netflix baharu yang diinspirasikan daripada filem 'Notting Hill'. - Foto Instagram/lalalalisa_m
SEOUL: Lisa daripada kumpulan wanita K-pop BLACKPINK bakal menerajui menerajui filem original Netflix baharu, menurut platform penstriman global itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap.
"Lisa akan membintangi sebuah filem komedi romantik Netflix baharu yang diinspirasikan daripada filem 'Notting Hill'," menurut kenyataan ringkas platform itu di X, merujuk kepada filem 1999 yang menampilkan Julia Roberts dan Hugh Grant.
Netflix turut memaklumkan yang filem berkenaan ditulis oleh Katie Silberman, yang pernah menghasilkan skrip Booksmart dan Set It Up. Tajuk filem serta tarikh tayangan masih belum ditentukan.
Lisa memulakan debut sebagai anggota BLACKPINK pada 2016 dan memulakan kerjaya lakonannya pada Februari tahun lalu menerusi penampilan dalam musim ketiga siri HBO yang memenangi anugerah, The White Lotus.
Ketika ini, beliau juga sedang menjalani penggambaran filem aksi original Korea Netflix, "Tygo", sebuah karya sampingan daripada "Extraction" (2020), bersama Ma Dong-seok, yang juga dikenali sebagai Don Lee, dan Lee Jin-uk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lisa BLACKPINK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan