awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga emas global naik ke paras tertinggi baharu, kukuhkan niaga hadapan emas

Bernama
Bernama
20/03/2025
15:15 MYT
Harga emas global naik ke paras tertinggi baharu, kukuhkan niaga hadapan emas
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada Khamis, menjejaki pasaran emas global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa pada US$3,052 seauns. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada Khamis, menjejaki pasaran emas global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa pada US$3,052 seauns.
Peningkatan itu adalah berikutan keputusan untuk Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadarnya.
Ketika ditutup, kontrak semerta bulan Mac 2025 meningkat kepada US$3,047.20 setiap auns troy daripada US$3,033.30 pada Rabu, manakala April 2025 menokok kepada US$3,057.50 daripada US$3,043.60 sebelumnya.
Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 mengukuh kepada US$3,067.50 setiap auns troy daripada US$3,053.60 setiap auns troy pada Rabu.
Jumlah dagangan melonjak kepada 65 lot daripada 15 lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 106 kontrak daripada 66 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 19 Mac, harga emas fizikal berada pada US$3,027.55 setiap auns troy.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga emas global
#paras tertinggi
#Amerika Syarikat
#Bursa Malaysia Derivatives
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan