awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak turun, harga barang masih naik

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2015
05:09 MYT
Harga minyak turun, harga barang masih naik
Sejak operasi bermula 15 januari lalu, KPDNKK Selangor mengesan 117 kes dalam operasi catut dan yang tertinggi di seluruh negara. - Gambar Fail
Kenaikan harga barang keperluan masih naik, walaupun harga minyak turun.
Ini terbukti ketika bahagian penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Selangor membuat tinjauan di pasar borong Selayang awal pagi sabtu.
KPDNKK Selangor mengenal pasti 19 kes iaitu 13 kes Akta Kawalan Harga, manakala enam kes lagi Akta Timbang dan Sukat 1972, termasuk tiga notis dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan Pindaan 2014.
“Kesan pada hari ini, kita telah menghasilkan 19 kes melibatkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 13 kes dan enam kes Akta Timbang Sukat. Kompaun yang kita telah buat hari ini lebih kurang RM2,600. Kita telah menyampaikan tiga notis dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan anti pencatutan pindaan 2014,” jelas Penologn Pengarah KPDNKK Selangor, Yusuf Bakar.
Tujuan notis ini adalah untuk mendapat maklumat daripada peniaga yang mana kita mengesan kenaikan harga secara mendadak.
‘Tiga notis ini untuk mendapatkan maklumat peniaga kerana mereka mengesan ada kenaikan secara mendadak,” tambah Yusuf.
Operasi mengejut bermula jam 3 pagi dan berakhir 6 pagi, disertai 25 pegawai penguatkuasa KPDNKK Selangor dan Gombak yang diketuai oleh penolong pengarah KPDNKK Selangor.
Operasi ini mungkin telah diketahui oleh peniaga dan ada yang menukarkan tanda harga serta menyorok alat timbang.
Sejak operasi bermula 15 januari lalu, KPDNKK Selangor mengesan 117 kes dalam operasi catut dan yang tertinggi di seluruh negara.
Operasi catut ini akan diteruskan dari semasa.
Topic Berkaitan
#harga barang
#harga minyak
#kementerian perdagangan negeri koperasi dan kepenggunaaan
#KPDNKK
#Selangor
#Yusuf Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan